Artikel Pilihan

KENAPA MAZDA MX-30 ADA BATERI KECIL? TAK PANDAI BUAT EV KE?

Mazda MX-30 datang dengan bateri ion-lithium sebesar 35.5kWh, dengan jarak perjalanan mencapai sekitar 199km untuk satu pengecasan penuh. Untuk standard kereta elektrik, 199km adalah angka yang menakjubkan bagi kereta elektrik 10 tahun lepas.

Namun bagi standard jarak perjalanan hari ini bagi kereta elektrik adalah tidak boleh diterima hari ini. Bayangkan hari ini anda boleh memandu kereta elektrik sehingga 600km tanpa masalah dengan satu pengecasan penuh sahaja.

Namun jika anda menonton video rasmi berkenaan dengan bateri yang digunakan oleh kereta elektrik pertama buatan Mazda ni, anda akan perasan bahawa di penghujung video ada ditekankan bahawa penggunaan bateri yang kecil, mengurangkan berat keseluruhan kereta elektik dan memberi kelebihan dari segi kelincahan kenderaa (agility).

Jika anda biasa dengan jenama Mazda, cogankata Zoom-Zoom sudah sinonim dengan Mazda semenjak dari dulu lagi, menerangkan keupyaan jentera Mazda yang sangat lincah ketika di selekoh.

Dan seperti biasa, kelincahan ini akan berkurangan dengan berat kenderaan dimana semakin berat kenderaan maka kelincahan kenderaan semakin berkurang menjadikan ia kurang seronok dipandu di selekoh. Maka cogankata Zoom-Zoom tidak lagi sesuai untuk digunakan oleh Mazda

Dengan hanya menggunakan bateri ion lithium 35.5kWh ini, berat keseluruhan Mazda MX-30 ini hanyalah sekitar 1645kg sahaja, atau 87kg sahaja lebih berat berbanding dengan Mazda CX-5 2.0 High. Tidak banyak perbezaan berat dengan jentera yang menggunakan enjin

Jika anda biasa memandu SUV, sedan atau kereta sport Mazda, kekuatan jentera Mazda bukanlah di jalan lurus tetapi keupayaan jentera menurut perintah di jalan selekoh dengan mudah. Jika berat bertambah, ia akan menyebabkan momentum menjadi semakin besar apabila laju bertambah, kurang seronok apabila di selekoh

Walaupun boleh menggunakan bateri yang lebih besar, Mazda memilih cara lain untuk menambah jarak perjalanan MX-30 iaitu dengan menawarkan versi Range Extender. Varian ini menggunakan enjin rotary yang bertindak sebagai pengecaj pada MX-30.

Langkah tidak menggunakan bateri yang besar pada MX-30 adalah selari dengan kenyataan Peter Rawlinson, Chief Technical Officer di Lucid Motor yang menyatakan menambah saiz bateri bukanlah tindakan yang tepat untuk menambah jarak perjalanan.

Menambah saiz bateri akan menyebabkan ruang kabin menjadi semakin kecil, berat semakin bertambah dan seterusnya menyebabkan penggunaan tenaga yang semakin tinggi. Selain daripada merompak keseronkan pemanduan, berat juga akan menyebabkan masalah yang lain seperti penggunaa tayar serta rekaan sistem suspensi.

Tayar EV yang berat akan menyebabkannya sentiasa perlu ditukar disebabkan berat berlebihan akan menyebabkan masalah kehausan yang kronik pada tayar. Isu kedua ialah berat yang berlebihan juga akan memaksa kereta elektrik menggunakan suspensi yang kompleks serta bergantung pada suspensi aktif.

Suspensi pasif biasa yang menggabungkan spring fizikal dan penyerap hentak biasa hanya boleh bekerja pada spektrum operasi yang sempit, mungkin pada kelajuan 60-80km/jam dengan cemerlang. Pada kelajuan perlahan ia mungkin terlalu keras atau terlalu lembut pada halaju tinggi.

Jadi solusi yang baik ialah dengan menggunakan sistem suspensi aktif, yang boleh melaraskan kekerasan penyerap hentak bergantung pada keadaan jalan juga cara pemanduan. Paling penting ialah suspensi aktif ialah bnda mahal yang mesti dibayar oleh pembeli

Namun ajaibnya bagi Mazda MX-30, walaupun menggunakan sistem suspensi pasif ia masih lagi menawarkan kualiti pemanduan yang selesa, lincah dipandu di selekoh dan tidak membuai ketika dipandu laju. Semuanya dengan hanya menggunakan bateri sebesar 35.5kWh sahaja.

Jika pelanggan memerlukan jarak perjalan yang lebih jauh, varian Range Extender boleh menawarkan jarak perjalanan sehingga 600km dengan tangki petrol 50 liter serta bateri sebesar 17.8kWh.

Google ads
Back to top button