Buletin

SUZUKI JIMNY 5-PINTU DILANCARKAN, TERIMA 50 TEMPAHAN; JANA 100HP, HARGA BERMULA RM199K

Suzuki Jimny 5-pintu hari ini secara rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia dan telah menerima 50 tempahan.

Dari segi dimensi Jimny 5-pintu berukuran 3,822mm panjang, 1,645mm lebar, 1,720mm tinggi dan jarak roda diletakkan pada 2,590mm.

Jimny 5-pintu adalah lebih panjang (340 mm) berbanding versi 3-pintu, manakala ruang bagasinya turut bertambah dari 85 liter kepada 211 liter dengan jarak lega tanahnya kekal 210mm.

Dari segi penggayaan, ia hadir dengan gril hitam dengan kemasan krom, lampu LED bulat, lampu belakang pada bampar, rim 15-inci dan dilengkapi tayar ganti pada pintu belakang yang dibuka ke tepi.

Di dalam, versi 5-Door menerima kelengkapan skrin sesentuh infotainmen sembilan inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Suzuki Jimny didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu:

  • Sizzling Red Metallic + Bluish Black Pearl
  • Chiffon Ivory Metallic + Bluish Black Pearl
  • Bluish Black Pearl
  • Granite Gray Metallic
  • Jungle Green

Untuk rekod, warna Chiffon Ivory Metallic adalah pilihan popular.

Untuk ciri keselamatan, ia dilengkapi Hill Descent Control, Hill Hold Control, Brqke Limited Slip Differential Traction Control, Electronic Stability Programme (ESP), Pedestrian Safety, Tect Body dan enam beg udara.

Beralih pada kuasa, Suzuki Jimny 5-pintu dijana oleh enjin 1.5 liter 4-silinder aspirasi alami (NA) K15B, berupaya menghamburkan kuasa 100hp @ 6,000rpm dan 130Nm tork @4,000rpm.

Nadi berkenaan dipadankan bersama pilihan transmisi 4-kelajuan automatik, dengan sistem pacuan empat roda AllGrip Pro 4WD Suzuki secara standard.

Untuk harga, Suzuki Jimny 5 pintu boleh dimiliki pada harga bermula RM199,950.

GALERI:

Google ads
Back to top button