Artikel Pilihan

TESLA MINTA PEMILIK HENTIKAN TAKTIK TUALA BASAH PADA SUPERCHARGER – MITOS APA PULA NI

Terdapat pelbagai mitos dalam penyelenggaraan kereta tersebar di alam siber dan antara yang biasa kita ialah memasukkan telur mentah ke dalam radiator kereta mampu mengatasi masalah kebocoran. Begitu juga dengan menyapu ubat gigi akan membuatkan lampu kereta menjadi semakin bersih dan berkilauan. Kini pemilik Tesla juga mempunyai mitos baharu yang agak popular menggunakan tuala basah.

Ya, pengunaan tuala basah akan mempunyai kereta mereka dicas dengan lebih pantas katanya. Caranya ialah dengan membalut bahagian pemegang kabel pengecas dengan menggunakan sehelai tuala basah. Ia dikatakan cukup berkesan pada hari yang panas.

Seorang pemilik Tesla Model S dalam teslamotorclub.com mendakwa kereta mereka sedang dicas pada kadar 60 kW sebelum beliau membuat keputusan untuk membalut pemegang kabel pengecas dengan tuala basah sekaligus meningkatkan kadar pengecasan kepasa 95 kW!

Adakah larangan ini disebabkan air dan elektrik bukan gandingan yang baik? Tidak juga sebab soket pengecas dan Superchargers memang kalis air. Rupanya Tesla mempunyai sebab tersendiri yang agak logik. Betul ke ni?

Menurut Tesla, meletakkan tuala basah pada bahagian pemegang kabel pengecas tidak akan meningkatkan kadar cas tapi ia akan mengganggu pengesa kawalan suhu pada Supercharger sekaligus mampu merosakkannya.

Inside EV pula menyatakan taktik ini hanya berkesan pada Supercharger V2 sahaja. Ini kerana Supercharger V3 mempunyai penyejuk dalaman pada pemegang kabel pengecas. Tapi masih tidak berguna kalau digunakan untuk mengecas Cybertruck yang menggunakan sistem bateri 800 volt. Silap-silap boleh berasap pemegang kabel pengecas tu.

Haih, macam-macam taktik pemilik kereta sekarang. Abang ingat taktik letak kain basah ni hanya berkesan pada meter TNB satu ketika dahulu. Kononnya akan memperlahankan pusingan meter tersebut. Sekarang rupanya pemilik Tesla yang kononnya kaya lagi mewah turut memilih taktik yang sama.

Google ads
Back to top button