Artikel Pilihan

KENAPA SESETENGAH KERETA LEBIH SENYAP DAN SELESA?

Noise, Vibration & Harshness ataupun dalam Bahasa Melayu membawa maksud kadar kebisingan, gegaran dan kekasaran yang boleh dirasai oleh pemandu dan penumpang dalam sesebuah kereta ketika dipandu ata digunakan.

Sesetengah pembaca merasakan semakin mahal sesebuah kereta, semakin bagus NVH kereta tersebut. Namun atas pengalaman pemanduan penulis, tak semestinya jenama mewah daripada Eropah akan memberikan pengalaman pemanduan dan NVH yang lebih baik disebabkan beberapa faktor luaran

Sebaik sahaja kereta mulai bergerak, terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca kepada bunyi bising, kekasaran dan juga gegaran yang dialami oleh sesebuah kereta. Gegaran daripada operasi enjin, operasi penyaman udara, pergerakan tayar dan bunyi angin akan menjadi punca kebisingan ini

Sesetengah model memang berupaya mengurangkan masalah NVH ini kerana:

1. Platform yang lebih baik – platform baru biasa direka untuk mengatasi masalah yang dialami oleh platform lama dengan teknik kimpalan yang baru, rekaan platform yang lebih baik, menguatkan paltform pada sudut-sudut tertentu serta menggunakan pelapik pada skru (shim) untuk menyerap gegaran daripada enjin

2. Cat anti karat – kebanyakan kereta moden sekarang tidak lagi mengenakan cat anti karat di bahagian bawah kenderaan dan menggantikan kaedah sapuan sealant pada sambungan komponen cesi dan badan kereta. Cat ini selain melindungi bahagian bawah kereta daripada karat, turut bertindak sebagai penebat bunyi

3. Pelapik akustik – jika tidak disapu dengan cat anti karat, sesetengah kereta moden akan dipasang dengan pelapik akustik (macam kepingan karpet) bagi melindungi bahagian dalam perumah tayar daripada bunyi tayar dan juga bunyi pergerakan mekanikal suspensi

4. Pemilihan tayar -juga memainkan peranan penting kerana tayar yang murah akan menghasilkan bnyi tayar (roar atau tyre noise) yang lebih bising berbanding dengan tayar yang berjenama mahal. Penggunaan tayar yang premium mampu merendahkan bunyi tayar serta pergerakan roda yang lebih lembut ketika melalui jalan tidak rata

Sesetengah model yang mahal cenderung untuk menggunakan tayar gerak kempis (run flat tyre) yang lebih keras berbanding dengan tayar yang biasa yang lebih senyap. Roda kereta jenama premium juga cenderung untuk menggunakan rim yang lebih besar dan lebih lebar sekaligus menjadikan bunyi lebih bising dan pergerakan unsprung mass mengganggu pergerakan cesi

5. Bahan kedap bunyi – kereta yang lebih mahal juga cenderung untuk memasang bahan kedap bunyi yang lebih tebal, lebih banyak dan lebih berkualiti tinggi di bahagian bumbung, lantai cesi, semua pintu, dan juga di ruang kargo bagi menjadikan kereta lebih senyap

Jadi jika anda membeli kereta kompak ekonomi, anda akan perasan yang ia biasanya lebih bising berbanding dengan kereta kompak yang lebih premium disebabkan penggunaan bahan kedap bunyi ini

6. Komponen yang lebih baik – kereta yang lebih mahal juga dihasilkan dengan kaedah dan rekaan yang lebih baik. Sebagai contoh enjin 3 silinder kereta yang mahal biasa lebih lancar berbanding dengan enjin 3 silinder kereta yang murah, pemampat penyaman udara elektrik berbanding menggunakan mekanikal dan motor penghidup (starter) yang lebih senyap

7. Cemin depan akustik – ya ada sesetengah model kereta menggunakan cermn depan (wndshield) khas dengan teknologi kedapan bunyi bagi mengurangkan bunyi yang dihasilkan oleh angin yang bergerak melalui kereta. Bergantung pada rekaan dan kelajuan, cermin depan akustik ini berupaya mengurangkan bunyi sehingga 5dB

Banyak lagi faktor-faktor lain yang menjadikan sesebuah kereta lebih senyap dan bukannya bergantung kepada jenama semata-mata. Anda kena pandu uji dan cuba dulu semua kereta baru anda boleh gazetkan kereta mana yang lebih senyap walaupun nampak hampir sama

Google ads
Back to top button