
KENAPA SYARIKAT AUTOMOTIF JEPUN MERAHSIAKAN TEKNOLOGI AUTONOMOUS MEREKA?
Pengeluar kenderaan di Amerika Syraikat dan juga syarikat-syarikat berteknologi tinggi kelihatan sedang “berperang” untuk menghasilkan kenderaan pandu sendiri (autonomous) terbaik mereka. Semua berharap dapat dapat menjadi yang pertama melancarkan kereta tanpa pemandu pertama di dunia.
Apa jadi dengan syarikat automotif Jepun? Adakah mereka seang tidur? atau sibuk dengan pilihanraya?
JEPUN BUAT KERJA DALAM DIAM
Ketika kebanyakan syarikat di Amerika membuat pendedahan dan sering mengemaskini maklumat perkembangan teknologi autonomi mereka, syarikat di Jepun lebih suka membangunkannya secara senyap-senyap. Mereka tidak jauh ketinggalan dalam aspek ini tetapi ia adalah dua budaya yang berbeza sebenarnya.
BACA: KEMATIAN PERTAMA AKIBAT UJIAN AUTONOMI UBER
Menurut pengasas syarikat AI (Artificial Intelligence) Preferred Networks, Daisuke Okanohara, ujian kereta autonomi di Amerika adalah satu perkara biasa, ia sebenarnya lebih kepada kaedah pemasaran.
“Tak ada beza pun pembangunan teknologi ni di Amerika atau Jepun, cuma visinya sahaja yang berbeza.
“Contohnya, di Jepun, populasi golongan tua adalah tinggi. Majoriti golongan tua ni bergantung pada kereta sebagai pengangkutan dan kami dapati banyak kemalangan disebabkan warga emas.
“Jadi kami banyak fokus pada pembangunanan advanced driver-assistance systems (ADAS) supaya ia dapat disesuaikan dengan aspek keselamatan dan reliabiliti untuk warga tua,” Okanahara memberitahu.
UNDANG-UNDANG UJIAN DI US LEBIH TERBUKA
Sebagai perbandingan, pembangunanan teknologi autonomous di Amerika lebih mensasarkan golongan muda dan mereka yang prihatin dengan inovasi dan teknologi.
Bukan itu sahaja. Teknologi kenderaan tanpa pemandu di Amerika lebih merujuk kepada kenderaan fleet seperti teksi, sementara di Jepun, mereka ada keutamaan lain yang lebih penting.
BACA: NISSAN CIPTA ALAT KAWALAN MINDA KENDERAAN
“Teksi tanpa pemandu memang menarik, tapi ia sebenarnya tidak praktikal buat masa ini. Penggunaan autonomous komersial yang utama nanti ialah perkhidmatan bas di kawasan luar bandar,” Ujar Ketua Eksekutif Kereta tanpa pemandu Softbank Yuki Saji.