Buletin

KRITIKAN ROSSI KETERLALUAN WAKTU INSIDENNYA DENGAN MARQUEZ- AGOSTINI

Valentino Rossi dilihat “keterlaluan” melontarkan kritikannya ketika ditanya media sejurus selepas pusingan MotoGP Argentina minggu lalu, ujar pelumba lagenda Giacomo Agostini.

Insiden di litar Termas de Rio Hondo itu melibatkan sentuhan Marquez dengan Rossi yang menyebabkan motosikal The Doctor hilang kawalan lalu terbabas di luar selekoh ke-13.

Walapun dikecam keras oleh bekas pelumba MotoGP, Marquez berkeras bahawa beliau tidak melakukan sesuatu yang “gila” seperti yang didakwa Valentino Rossi

Bercakap dengan Radio 24 Itali, juara 15 kali Agostini berkata Marquez tidak patut dikenakan hukuman selanjutnya atas insiden tersebut.

BACA: “MARQUEZ TELAH ROSAKKAN MOTOGP”-ROSSI

“Marquez telah mengaku kesalahannya dan telah meminta maaf, kita harap beliau tidak mengulanginya tapi beliau tidak boleh dihukum lagi,” Agostini berkata.

“Dia dah pun dihukum waktu perlumbaan (penalti 30 saat). Jika kita menghukum pelumba setiap masa, kita takkan berlumba sesama sendiri lagi.

“Perkara ni penting. Kalau tak silap saya, Andrea Iannone pernah melanggar Dovizioso dua tahun lalu. Kemudian beliau dikenakan penalti grid tiga petak.

“Apa yang terjadi antara Marquez dan Rossi boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Malah dalam perlumbaan ini pun, ia memang berlaku pada Johann Zarco yang menyebabkan Dani Pedrosa kemalangan.

BACA: MARQUEZ PERTAHANKAN TINDAKANNYA DI ARGENTINA

“Ia tidak benar seperti yang Rossi kata, Marquez mensasarkan kaki pelumba. Dalam keadaan tersebut, masing-masing teruja, apa lagi Marquez yang ketinggalan di tempat ke 19 akibat ride-through penalti yang dikenakan pada beliau sebelum itu,” tambah Agostini lagi.

Ditanya tentang aksi minta maaf selepas perlumbaan oleh Marquez – yang dianggap Rossi sebagai perkara lucu – Agostini memberitahu bahawa Juara MotoGP 2017 itu sepatutnya tidak berbuat demikian, sebaik tamat perlumbaan.

“Semua orang masih ‘panas’. Beliau sepatutnya tunggu situasa reda. Mungkin lepas 20 minit macam tu,” beliau menambah

“Tapi kalau dia (Marquez) tak pergi pit Rossi pun, ramai yang akan kritik dia juga.”

 

Google ads
Back to top button