BuletinMotosikal

MOTOGP ARGENTINA: MARQUEZ PERTAHAN TINDAKANNYA SELEPAS INSIDEN DENGAN ROSSI

Marc Marquez berkeras menyatakan bahawa beliau tidak melakukan apa-apa tindakan “gila” yang menyebabkan Rossi terjatuh pada perlumbaan MotoGP di Argentina minggu lalu.

Selepas menerima hukuman ride-through pada pusingan ke-enam akibat tindakan sebelumnya di grid perlumbaan, Marquez terpaksa berkerja keras mendapatkan posisinya semula di trek Autodromo Termas de Rio Hondo itu.

Setelah ketinggalan jauh, penunggang pasukan Honda itu dilihat melakukan berberapa aksi agresif, termasuklah menghimpit Aleix Espargaro dan pada kemuncaknya berlaku pada selekoh ke-13, beliau bertembung dengan Rossi yang menyebabkan The Doctor terbabas.

Kedua-dua insiden ini menerima kritikan keras dari ramai orang 

BACA: “MARQUEZ DAH ROSAKKAN MOTOGP” – ROSSI

Namun Marquez tetap berkeras mengatakan bahawa beliau “tidak melakukan apa-apa yang gila” sewaktu insiden dengan Rossi. Beliau memberitahu, ia juga berlaku pada pelumba lain.

“Hari ini, apa yang berlaku pada Rossi ialah satu kesilapan yang tak disengajakan. Ia adalah kerana kondisi trek. Roda hadapan saya terkunci” 

BACA: BEKAS PELUMBA MOTOGP KECAM AKSI MARQUEZ

“Anda perlu faham keadaan litar. Pada garisan perlumbaan sebelumnya, trek kering, tapi sebaik masuk ke selekoh tersebut, ia masih basah. Roda depan saya terkunci dan saya cuba melepaskan brek”

“Baiklah, saya menyebabkan sentuhan. Saya cuba membelok dan bila melihat Rossi jatuh, saya benar-benar minta maaf”

“Ia insiden yang sama juga terjadi pada Johann Zarco dengan Dani Pedrosa dan Danilo Petrucci denagn Aleix Espargaro,” ujar Marquez

 

 

Google ads
Back to top button