Buletin

TERKINI: TIADA KENAIKAN TOL DI SEMUA LEBUHRAYA PADA 2019 – GUAN ENG

Kabinet telah memutuskan untuk membekukan semua kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara. Konsesi tol tersebut sepatutnya layak mendapat kenaikan harga pada 2019.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata keputusan yang dibuat oleh kabinet pada 12 Disember lalu, akan melibatkan pertambahan bayaran dari  kerajaan sebanyak RM972.75 juta kepada pengusaha tol.

Ini merupakan tambahan kepada pengumuman awal mengenai pembentangan 2019 Bajet di mana Lim mengumumkan bahawa hanya kenaikan tol untuk lebuh raya intra-bandar akan dibekukan.

Google ads
Back to top button