Buletin

TOYOTA VIOS CHALLENGE DI BATU KAWAN – DIANA DANIELLE JUARAI PROMOTIONAL CLASS

Hari pertama perlumbaan pusingan ketiga Toyota Vios Challenge yang berlangsung semalam di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang nyata menyajikan aksi mendebarkan.

PROMOTIONAL CLASS

Harus diakui bahawa kategori yang disertai oleh selebriti ini semakin kompetitif. Tidak mengejutkan apabila Diana Danielle berjaya mengungguli perlumbaan kali ini.

Beliau mampu mengenepikan saingan sengit yang diberikan oleh Nabil dan Akim Ahmad yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga.

“Saya sangat bersyukur kerana dapat memenangi perlumbaan kali ini. Sebenarnya saya lebih bimbangkan Aiman kerana dia memang laju. Nasib baik dia berlanggar, kalau tidak…” kata Diana sambil ketawa.

Perlumbaan itu bagaimanapun ditamatkan di belakang safety cars selepas berlaku dua pelanggaran.  

Bermula di kedudukan pertama, Diana mendahului perlumbaan dengan Nabil, Aiman Tino, Akim dan Khai Bahar cuba mengejar.

Diana berada dalam keadaan agak selesa apabila 1.9 saat di hadapan Nabil. Malang menimpa Aiman Tino apabila terlibat dalam kemalangan, menyebabkan dia jauh ketinggalan.

Apabila perlumbaan dimulakan semula, Diana and Nabil terus bersaing sengit. Walaupun terlanggar tembok, tetapi mujur mereka dapat meneruskan perlumbaan.

Mazda CX30

Tinggal 7 pusingan lagi, safety car terpaksa keluar sekali lagi untuk membersihkan serpihan jentera lumba milik Nabila Razali yang terlanggar tembok.

KELAS SUPER SPORTING

Litar sepanjang 1.56km itu menyaksikan Boy Wong menjuarai kategori Super Sporting, mendahului Brendan Paul Anthony dari pasukan Dream Chaser dan Keifli Othman daripada pasukan Nanoplus.

Wong yang selesa berada di hadapan sejak selekoh pertama sukar dikejar oleh pelumba lain. Pertarungan merebut tempat kedua sengit dilihat sengit di antara Brendan dan Kenny Lee daripada Kegani Racing Team.

Tempat ketiga kemudian dihuni oleh Keifli Othman, diikuti oleh Eddie Liew dan Alif Mohamed Hamdan daripada pasukan Laser Motor Racing di tempat kelima.

KELAS SPORTING

Ia menjadi perlumbaan yang paling dramatik semalam. Hanya berbaki dua selekoh terakhir, lima pelumba terlibat dalam kemalangan yang sekali gus mengubah kedudukan.

Pelanggaran bermula apabila Kenneth Koh cuba memotong Brendon Lim, sebelum Hayden Haikal, Dato’ Ken Foo dan Shukri Yahaya cuba menyelit.

Malangnya ‘sentuhan’ di antara jentera Shukri dan Foo menyebabkan mereka berdua melanggar tembok.

Selepas semua serpihan jentera dikeluarkan, Clement Yeo daripada pasukan Distinctive Model berjaya memanfaat peluang untuk menjuarai perlumbaan. Sementara  Patrick Tam (Team Nanoplus) dan pelumba ST Wangan Racing Team, Eric Yong berada di tempat kedua dan ketiga.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button