Buletin

KERAJAAN ITALI TAK RESTU KEHADIRAN ALFA ROMEO MILANO – “JANGAN KELIRUKAN PENGGUNA”

Minggu lalu, Alfa Romeo memperkenalkan crossover kompak Milano baharunya dan malangnya bagi pembuat kereta itu apabila Kerajaan Itali melarang ia memasarkan produk dengan nama kedengaran Itali yang sebenarnya tidak dibina di sana.

Milano dibina di Poland dan Itali mempunyai peraturan yang agak ketat perihal isu seperti itu dengan menteri industri Itali, Adolfo Urso mengatakan bahawa “Kereta bernama Milano tidak boleh dihasilkan di Poland.”

“Undang-undang menetapkan bahawa anda tidak boleh memberikan nama yang mengelirukan pengguna.

“Jadi kereta yang dipanggil Milano mesti dikeluarkan di Itali. Jika tidak, ia memberikan petunjuk mengelirukan.”

Menurut Reuters, perundangan berkaitan telah diperkenalkan pada 2003 dan merupakan sebab yang sama mengapa, contohnya, keju parmesan dijual di pasar raya tempatan hanya akan dilabelkan parmigiano jika ia berasal dari Itali.

“Jika anda ingin menjual kereta di pasaran antarabangsa dengan mengiklankannya sebagai permata Itali, maka kereta itu mesti dikeluarkan di Itali,” kata Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni pada bulan Januari.

Ketua Pegawai Eksekutif Stellantis Carlos Tavares membalas pada masa itu dengan mengatakan penekanan kerajaan terhadap pengeluaran kenderaan elektrik menjadikan pembinaan kereta di sana mahal, berbanding bahagian lain di dunia.

Google ads
Back to top button