Artikel Pilihan

TOYOTA COMPACT CAR COMPANY, AMBIL ALIH TUGAS PEMBANGUNAN DAN PENSIJILAN DARI DMC

Susulan kes skandal pemalsuan data ujian kemalangan yang melibatkan Daihatsu Motor Corporation (DMC) yang merupakan sebahagian daripada syarikat Toyota, struktur dan tugas pembangunan kenderaan baru bagi pasaran negara membangun (emerging market compact car) akan diambil alih secara terus oleh Toyota

Entiti baru ini dikenali dengan nama Toyota Compact Car Company akan mengambil alih tugas proses pembangunan kenderaan baru dan permohonan pensijilan penarafan keselamatan kenderaan daripada DMC. Walaupun tugas pembangunan sebenar dilakukan oleh DMC, namun laporan perlu dihantar terus kepada Toyota menerusi Toyota Compact Car Company

Hal ini perlu dilakukan bagi mengelakkan isu pemalsuan data oleh DMC berlaku lagi pada masa akan datang menerusi unit Emerging-market Compact Car Company yang akan dibubarkan sepenuhnya dan tugas ini akan diambil alih oleh Toyota Compact Car Company

DMC juga akan menyerahkan fungs Business & Product Management kepada Business & Sales Unit of Toyota bagi tujuan pemantauan penuh oleh Toyota Motor Corporation. Aspek lain seperti pengurusan sumber dan kontrak juga akan dilaporkan terus kepada Toyota bagi mengelakkan isu sama yang berlaku

Langkah yang diumumkan ini berlaku selepas DMC melantik seorang Presiden baru (Masahiro Inoue) sebagai wakil Toyota di DMC selepas presiden dan pengerusi DMC meletak jawatan. DMC selepas ini akan memberi fokus kepada pembangunan kereta kei, dan juga Kei Car Electric dengan diawasi secara ketat oleh Toyota Compact Car Company untuk pasaran luar negara

Jualan Toyota merosot sebanyak 1/3 pada bulan Februari disebabkan isu yang berlaku di Daihatsu dan juga memaksa Pengerusi Toyota, Akio Toyoda membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai pada bulan Januari

Sementara isu ini diselesaikan, pembangunan Perodua untuk SUV segmen B model terbaru D66B dijangka akan mengalami proses kelewatan berbanding dengan jadual asalnya bagi menyelesaikan isu pensijilan dan penarafan aspek keselamatan.

Sumber berita dipetik di laman rasmi Toyota

Google ads
Back to top button