Buletin

PUSPAKOM TAWAR PEMERIKSAAN PERCUMA SEMPENA HARI RAYA

PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) sekali lagi menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) percuma kepada orang ramai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019. 

Yuran asal adalah RM50 bagi sebuah kereta. Ini merupakan tanggungjawab sosial syarikat dalam meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan kenderaan kepada rakyat Malaysia.

Kempen yang berlangsung selama 10 hari bermula 24 Mei hingga 2 Jun 2019 itu akan dijalankan di semua 54 Pusat Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM seluruh negara. Manakala cawangan Shah Alam dan Pasir Gudang dikhaskan untuk kenderaan berat sahaja.

Berdasarkan statistik PUSPAKOM , sebanyak 51% jumlah kenderaan persendirian yang hadir pemeriksaan termasuk Pemeriksaan Kenderaan secara Sukarela di PUSPAKOM tidak mencapai tahap piawaian pemeriksaan yang ditetapkan. 

Pemeriksaan yang paling tinggi yang tidak mencapai tahap piawaian ialah brek iaitu sebanyak 35%. Diikuti oleh gelincir sisi 30% dan pelepasan asap sebanyak 10%. 

Ini amat membimbangkan kerana komponen utama kenderaan itu boleh mendedahkan pemandu kepada risiko kemalangan jalanraya. Pelepasan asap yang tidak mengikut piawaian Jabatan Alam Sekitar pula pasti akan mencemarkan udara.

Unit bergerak PUSPAKOM yang menjalankan pemeriksaan kenderaan percuma di beberapa kawasan terpilih. Antaranya ialah di Pasar Awam Berapit, Pulau Pinang dan AEON Mall Nilai (26 Mei), BHP Petrol, Karak (27 Mei 20190, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EHwal Pengguna (KPNDHEP), Putrajaya

(28 Mei), Petronas Kerteh, Kuala Terengganu (28 – 29 Mei), Unisel Bestari Jaya, Selangor (29 Mei) dan Wisma DRB-HICOM, Shah Alam pada 30 Mei 2019.

PUSPAKOM juga akan menderma sebanyak RM2 kepada beberapa rumah kebajikan terpilih bagi setiap kenderaan yang menjalani Pemeriksaan Kenderaan secara Sukarela percuma sepanjang tempoh kempen berlangsung. 

Selain ujian brek, inisiatif itu turut melibatkan 25 peringkat pemeriksaan seperti tayar, suspensi, pelepasan asap, bahagian atas dan bawah kenderaan, cermin gelap dan sebagainya.

Laporan pemeriksaan akan diguna pakai sebagai rujukan pemilik sebelum menyelenggara kenderaan mereka di bengkel. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.puspakom.com.my atau Facebook Puspakom.

Google ads
Back to top button