Buletin

BMW Z4 AKAN ADA MANUAL, SUPRA MACAM MANA?

Hanya ketika ramai yang sudah putus harapan untuk BMW Z4 atau Toyota Supra baharu dipasang dengan transmisi manual, BMW memberi satu kejutan.

“Enjin petrol empat selinder pada BMW Z4 sDrive20i akan dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan untuk model standard bermula Julai 2019,” kata BMW dalam satu kenyataan akhbar.  

Pengumuman itu membawa kepada satu persoalan penting – adakah Toyota Supra akan menerima kotak gear yang sama? 

Untuk makluman, Z4 sDrive20i ialah model yang menggunakan enjin berkuasa rendah.

Di kebanyakan negara, BMW manawarkan Z4 dengan enjin empat selinder berkuasa 255hp atau varian M40i yang didatangkan bersama enjin enam selider sebaris yang mampu menjana 382hp. 

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Sama seperti Supra di Jepun, pengguna di sana akan diberi pilihan dengan enjin 2.0 liter turbo berkuasa 197hp. Inilah enjin sama pada Z4 yang akan dipasang dengan transmisi manual enam kelajuan manual itu. Haa.. nampak tak permainannya di situ? 

Walaupun kemungkinan itu agak tinggi, tetapi Toyota masih tidak memberi sebarang kenyataan balas.

Sebelum ini, Ketua Jurutera Supra, Tetsuya Tada memberitahu bahawa transmisi manual pada Supra mungkin berdepan masalah ‘pakej’. 

Pakej macam mana tu, dia sahaja yang tahu… 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button