INI APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG UJIAN DYNO
Seperti yang dijangka, fenomena #dynoringan dan #dynoberat dah makin viral dan sampai ke geng-geng motor. Saya ingin memberikan sedikit pencerahan tentang dyno berdasarkan pengalaman cetek saya dalam bisnes dyno tuning dari tahun 2014 sehingga kini.
Berikut adalah fakta-fakta yang saya ingin kongsikan. Kalau ada salah, minta maaf yer. It’s just my point of view😎
1. Horsepower atau torque tinggi tidak akan menjanjikan motor anda laju. Motor ni nak laju banyak faktornya…bentuk powerband engine, gear ratio, sprocket setting, berat rider, berat motor, rider maut atau mat bunga, elevation jalan, angin rintangan, tunduk atau fly, cucuk angin atau angin sendiri dan macam-macam lagi. Tapi kalau horsepower tinggi ni kira king juga la.
King NOMBOR jer.
2. Please stop ayat-ayat seperti ‘horsepower rendah tapi torque tinggi’ atau ‘saya nak torque jer tinggi, horsepower tak penting’. Salah tu kawan-kawan.
Horsepower dan torque mesti akan gerak sekali sebab formula dia dah dikira sekali. Cuba google sikit macam mana horsepower is calculated… anda akan faham.
3. Dyno hanyalah alat pengukur. Purpose utama dyno ni untuk kita monitor perbezaan karakter enjin selepas kita modify atau tuka sesuatu barang.
Saya selalu pesan pada customer dan kawan-kawan, pakai dyno yang sama jenis dan sama brand setiap kali anda naik dyno. Barulah consistent reading power tu.
Tidak kisah dyno ringan atau berat, kita mesti sentiasa cari MAXIMUM power pada dyno apa yang kita pakai.
Tapi of course ringan sangat atau berat sangat pun tak boleh…kena pakai mengikut kesesuaian. Sorry to say kalau anda jenis yang tuka-tuka dyno tu, akan susah untuk mencari kesempurnaan.
4. Suka atau tidak, dyno tuning will always be better than on the road tuning. Ia lebih tepat, consistent dan selamat.
On the road tuning bukan salah, kita buat on the road untuk double check dan touchup jer. Cari power kena buat atas dyno.
Air fuel ratio gagah lagi kita boleh tengok meter wideband. Ignition timing nak tengok celah mana? Dah 2019 ni….teknologi dah banyak. Gunakan seeloknya.
5. Tak silap saya dyno motor ni dah bersepah sebab harga sangat berpatutan. Nasihat saya kepada owner workshop dan tuners di luar sana, jagalah wideband sensor anda.
Saya tengok ramai lagi masih tak peka dengan penjagaan sensor. Sensor tu insurans anda…kalau barai, maka barailah usaha anda buat dan tune sesuatu engine.
Contohnya, average life sensor Bosch LSU 4.2 katanya 500 jam tapi majority akan start barai around 300 jam. Saya dapat tahu ada yang pakai sensor sama sampai 2 tahun.
Rasanya LSU 4.9 atau NTK pun payah nak maintain accuracy sampai 2 tahun kalau balun hari-hari lagi-lagi yang duk main methanol atau racing fuel.
6. Disebabkan dyno bersepah dan tuner pun ramai, harga tuning makin lama makin turun which is good for the consumer. ‘
Nak buang harga itu hak masing-masing tapi mintak tolong jangan sacrifice kerja anda. Buat tuning elok-elok dengan cara yang proper ikut rule book.
Pastu pomen dan tuner pun kenalah berilmu sikit. Rajin-rajin membaca, bertanya, berkongsi pengalaman dan buat research.
Jangan nak bajet-bajet power kau paling terer. Everyday is a learning curve.
Tuning is not MAGIC. It is SCIENCE!
-IZWAN BAHROM-
- BACA: KENALI VTEC, iVTEC DAN VTEC TURBO
- BACA: INI 8 ENJIN DENGAN REDLINE PALING TINGGI
- BACA: 5 PETANDA ALTERNATOR HAMPIR ROSAK
- BACA: 6 TANDA SPARK PLUG PERLU DIGANTI
- BACA: PENYUNTIK BAHANAPI BESAR LAGI POWER?
- BACA: RAHSIA TENTANG MINYAK BREK (BRAKE FLUID)
- BACA: SEGALANYA TENTANG BREK ROTOR/DISC
- BACA: SEGALANYA TENTANG CALIPER BREK
GALERI