Modifikasi

TENGOK HONDA CIVIC EG BERKUASA 531HP INI MELETUP DI ATAS MESIN DYNO 

Melakukan modifikasi kereta memerlukan ilmu. Bukan boleh belasah sembarangan sahaja. Jadi, adalah lebih baik jika serahkan kepada yang pakar. 

Walaupun enjin meletup semasa membuat ujian dyno bukanlah perkara baru, tetapi melihat enjin sebuah Honda Civic meletup macam ini seronok juga. Honda Civic EG hatchback ini didakwa mempunyai kuasa mencecah 531hp.

Diletakkan di atas sebuah mesin dyno, ideanya adalah untuk mendapatkan bacaan kuasa kudanya. Selepas hampir 20 saat, enjin itu mula berasap sebelum hos cecair coolant dan dua silinder sleeve retak dan meletup.

Kalau tak puas tengok, pemilik akaun YouTube ini, Robb Williams ada sertakan sekali klip secara gerak perlahan (slow motion). Dari situ, anda boleh melihat beberapa petanda sebelum ia barai.

Antaranya ialah asap yang keluar dari bahagian bawah kenderaan. Ia tidak disedari oleh lelaki yang berdiri pada bahagian pintu pemandu. Sebab lain kenapa perkara ini boleh berlaku adalah kerana tidak ada satu pun kipas untuk membentuk saluran udara dan menyejukkan enjin pada mesin dyno tersebut.

BACA: SI PELURU KELABU – HONDA CIVIC EG B16 TURBO

Maka, enjin menjadi sangat panas dan meletup. Selamat….

Google ads
Back to top button