
PROGRAM KIA VALUE 5 – BERI JAMINAN NILAI KERETA TERPAKAI KIA ANDA
Pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, Naza Kia telah memperkenalkan program Kia Value 5 yang memberi jaminan nilai kenderaan Kia pada masa depan.
Kia Value 5 memberikan ketenangan minda kepada pelanggan Kia. Selepas lima tahun pemilikan, mereka boleh menukar kenderaan dengan model baharu Kia bersama nilai terbaik.
“Menerusi program Kia Value 5, kami mahu menyediakan nilai kenderaan terpakai Kia yang bagus. Ia dilaksanakan dengan memberi jaminan untuk pelanggan yang mahu menaik taraf kepada model baharu Kia dalam tempoh lima tahun.
“Sebagai satu-satunya jenama kenderaan di Malaysia yang menawarkan peluang ini kepada pelanggan, ia juga menjadi program jaminan msa depan yang pertama seumpamanya tanpa sebarang kerjasama dengan mana-mana institusi kewangan,” kata Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Automotive Group, Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., Dato Samson Anand George.
Bermula 1 November hingga 31 Disember 2016, pelanggan yang membeli Kia Sportage dan Kia Sorento di mana-mana pusat jualan sah Kia layak menyertai program Kia Value 5.
Sempena acara Australian Open 2017, Naza Kia Malaysia menganjurkan peraduan Kia Lucky Drive to Melbourne, Australia mulai 1 hingga 30 November 2016. Seorang pemenang bertuah menonton Australian Open 2017 secara langsung.
*tertakluk kepada terma dan syarat.