Artikel PilihanBuletin

KIA MOTOR CORPORATION LANTIK JOHN BUCKINGHAM, JADI BOS KIA NEXT DESIGN EXTERIOR

Kia mengumumkan perlantikan John Buckingham sebagai Head of Kia Next Design Exterior Group, bermula 1 Jun 2023. Kumpulan ini bertanggungjawab menghasilkan rekaan untuk kereta elektrik dan kenderaan pada masa depan

Awal tahun 2023 pula menyaksikan Timbalan Presiden Kia Teck Koun Kim sebagai Head of Kia Next Design Group dan perlantikan John Buckingham sebagai Head of Kia Next Design Exterior Group bagi menyokong perkembangan dan pembangunan kenderaan pada masa depan

Kim akan menyelias rekaan lua, dalam dan Colour Material Finish (CMF) bagi keseluruhan kenderaan kia dan John Buckingham akan membantu Kim. Kia bercita-cita tinggi untuk memajukan rekaan kenderaan pada masa hadapan dengan falsafah ‘Opposites United’.

Bagi mencapai matlamat ini, Karim Habib (ex designer BMW, Mercedes dan Infiniti) yang bertindak sebagai Executive Vice President dan Head of Kia Global Design Center, telah membina oragnisasi baru yang lebih inovatif dan proaktif untuk mengukuhkan jenama Kia dalam menghasilkan rekaan yang lebih baik

John Buckingham merupakan lulusan Bachelor in Art (Automotive Design) dari Conventery University dan telah berkhidmat dengan BMW dari tahun 2005 sehingga 2018. Pada tahun 2018, John telah berhijrah ke Bentley Motors sebagai Exterior Design Manager Advanced and Bespoke

Jawatan terakhir John ialah Senior Automotive Manager di Faraday Future pada tahun 2022. Buat masa ini portfolio Kia dalam penghasilan kereta elektrik ialah Kia EV6 dan juga Kia EV9 dimana kedua dua EV ini direka dengan rekabentuk yang cukup futuristik.

Di Faraday Future, John bertanggungjawab dalam menghasilkan rekaan akhir dan membawa Faraday FF91 ke bahagian pengeluaran dimana model ini adalah model flagship Faraday. Karim Habib berharap pengalaman John dalam perlbagai jenama premium membantu Kia dalam menghasilkan rekaan yang lebih bagus di Kia Global Design Center

Google ads
Back to top button