Buletin

KIA PV5 UNTUK PENUMPANG DAN KARGO DIPERTONTONKAN. DEFINASI BAHARU UNTUK RUANG DAN MOBILITI

Kia Corporation telah memperkenalkan reka bentuk luaran model PV5 Van Penumpang dan PV5 Van Kargo menjelang Hari Kia EV kedua jenama itu, yang akan diadakan di Tarragona, Sepanyol.

Sebelum ini, pratonton model konsep PV5 telah pun dilakukan di Consumer Electronics Show (CES) pada tahun lepas. Model PV5 ini adalah sebuah model yang bersaiz sederhana merupakan model pertama yang membuat penampilan sulung di bawah strategi perniagaan global menggunakan Platform Beyond Vehicle (PBV).

Direka bentuk untuk mentakrifkan semula konsep ruang dan mobiliti, PV5 akan memanfaatkan teknologi EV terkemuka dunia dari Kia dan memenuhi pelbagai keperluan asas pelanggan yang luas dengan menyediakan fleksibiliti dan penyesuaian yang tidak pernah berlaku sebelum ini melalui modulariti yang inovatif.

Kia akan menawarkan PV5 dalam beberapa konfigurasi, termasuk model asas: Van Penumpang yang direka untuk kemudahan penumpang, dan juga Van Kargo yang dioptimumkan untuk pengangkutan barang. Selain itu, model derivatif dan varian istimewa (khusus) akan didedahkan pada Hari Kia EV 2025.

Secara asasnya reka bentuk PV5 dilihat lebih kontemporari dan sedikit berbeza tipikal seperti kenderaan komersial ringan yang lebih bersifat tradisional dan tipikal menampilkan estetika segar yang menekankan fleksibiliti dan penyesuaian melalui pendekatan modular.

Menurut Karim Habib, selaku Ketua Kia Global Design. model PV5 ini akan ditawarkan dengan tiga gaya badan yang berbeza sebagai menyediakan penyelesaiaan yang inovatif untuk pelbagai keperluan pelanggan, merangkumi nilai reka bentuk konsisten yang sama yang diilhamkan oleh falsafah reka bentuk Kia, Opposites United.

Untuk rekaan Van Penumpang ianya profil geometrik yang diperhalusi menyerlahkan rupa kontemporarinya dan memberikan keterlihatan yang sangat baik terima kasih kepada kawasan tingkap yang besar dan luas. Kawasan tingkap model dibingkai oleh kaca grafik hitam menyerlah yang mengelilingi yang kontras dengan warna badan PV5.

Dengan terdapatnya body cladding pada ruang arca roda berwarna hitam ini agar memberikan penampilan yang sedikit rugged ala SUV.

Manakala untuk Van Penumpang rupa luarannya masih lagi serupa dengan profil geometrik Van Penumpang tetapi bahagian tingkap telah ditutup dengan panel.

Perbezaan utama terletak pada pintu pembuka sisi berkembar Cargo, yang memberikan praktikaliti optimum dan akses mudah untuk memuat dan memunggah, membolehkan pengguna menyesuaikan pengalaman mereka untuk memenuhi keperluan khusus mereka.

Bahagian belakang juga melengkapkan garisan sisi yang rapi, memberikan rupa yang kukuh dan moden. Pendekatan ini meningkatkan kapasiti beban ruang serta memberikan rasa yang lebih luas memuat dan memunggah dari bahagian belakang.

BACA : KIA PERKENAL SIRI PBV, EV PELBAGAI GUNA, BOLEH JADI TEKSI DAN VAN HANTAR BARANG!

BACA : KIA SIAR GAMBAR ACAH SUV BAHARU, KIA SYROS – DILANCARKAN DI INDIA TAK LAMA LAGI

Google ads

B K

Back to top button