Buletin

ROLLS-ROYCE SPECTRE BLACK BADGE BAHARU – MODEL YANG PALING LAJU TELAH TIBA

Anda mahukan sebuah kereta yang mewah dan berprestij tetapi dalam masa yang sama cukup laju? Inilah, model yang telah diperkenalkan oleh jenama mewah terkemuka Rolls-Royce, Spectre Black Badge baharu.

Reputasi terhadap Spectre Black Badge ini sememangnya tidak boleh dinafikan lagi yang memaparkan imej yang cukup lengkap dari segi prestij dan juga kuasanya. Dan sudah pastinya rata – rata pelanggan mereka adalah terdiri daripada mereka yang bukan peminat mewah secara tradisional tetapi dalam masa yang sama mereka mahukan kelebihan dari segi dinamik yang mungkin tidak ada terhadap model standard sebuah Spectre.

Spectre Black Badge ini membuat debut umum dengan kemasan cat baharu Vapour Violet, gabungan warna hitam-ungu pekat yang diilhamkan daripada suasana neon budaya kelab 80an dan 90an. Sungguh pun demikian, pelanggan masih diberikan pililihan untuk mendapatkan warna pilihan sendiri secara eksklusif dengan kerjasama Rolls-Royce Bespoke.

Inilah dia model daripada Rolls-Royce yang paling laju pernah dihasilkan setakat ini. Jika anda menyangka ianya menggunakan nadi daripada V12 anda silap membuat andaian. Tetapi sebaliknya model Rolls-Royce Spectre Black Badge ini adalah dikuasakan melalui kuasa elektrik sepenuhnya. Dan Spectre Black Badge ini merupakan EV pertama mereka yang diberikan lencana tersebut yang cukup sinonim sebagai model berprestasi tinggi daripada Rolls-Royce.

Model standard sebuah Spectre mungkin dilihat sudah cukup berkuasa dengan 577 HP dan 900 Nm. Tetapi untuk Spectre Black Badge ini dilengkapi dengan pacuan semua roda dan sepasang motor elektrik yang mampu menjana kuasa sehingga 659 HP dan 1,075 Nm. Ianya mampu memecut dari titik pegun ke angka 100 km/j sekitar 4.1 saat sahaja.

Untuk penampilan luaran Rolls-Royce Spectre Black Bedge ini juga telah menggunapakai rim forge aluminium baharu bersaiz 23 inci yang tersedia dengan kemasan yang digilap sebahagian atau pun serba hitam.

Memasuki ruang kabinnya menampilkan ciri mewah yang sepatutnya untuk kereta keluaran Rolls-Royce dengan terdapat logo Infiniti yang melambangkan kemewahan yang tiada batasan. Paparan Illuminated Fascia yang menampilkan rekaan 5,500 bintang yang berkilauan di bahagian atas bumbung dan panel sisi yang dilatari dengan Piano Black Sky.

Tiada pengumuman dari segi harta namun yang pasti ianya akan lebih mahal berbanding model standard sebuah Spectre ini.

BACA : RAHSIA KENAPA ROLLS ROYCE MAHAL

BACA : ROLLS-ROYCE PHANTOM GOLDFINGER – HANYA SATU DI DUNIA

Google ads

B K

Back to top button