Buletin

KIA SPORTAGE – BERMULA RM121,888

SUV yang sudah lama ditunggu-tunggu, Kia Sportage akhirnya dilancarkan oleh pihak Naza Kia Malaysia baru-baru ini.    Kia-Sportage-2016-mekanika3

Buat pertama kalinya, spesifikasi GT Line ditawarkan kepada pelanggan. Apa yang pasti, Sportage menawarkan pengalaman pemanduan lebih sporty dan penampilan luaran yang dinamik.

Model serba baharu ini menampilkan rekaan menarik dari setiap sudut. Wajah Sportage diserlahkan dengan lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL) LED, lampu kabus LED dan gril Kia.

Kia-Sportage-2016-mekanika8

Di bahagian kabin, ia menggabungkan aspek keselesaan dan keselesaan dengan penggunaan material premium. Mereka yang gemar mendengar muzik pasti menghargai sistem bunyi JBL dengan lapan unit pembesar suara bersama teknologi Clari-fi. Di samping skrin TFT-LCD bersaiz 4.2 inci.

Sportage dikuasakan oleh unit enjin NU MPI dengan sistem Dual Continuously Variable Valve Timing (CVVT) bersesaran 2.0 liter. Mampu menghasilkan kuasa sehingga 155PS dan tork 193Nm, ia dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

Kia-Sportage-2016-mekanika7

Sistem suspensi hadapan menggunakan khidmat topang MacPherson. Manakala roda belakang dipasang dengan suspensi jenis Multi-Link untuk pemanduan yang selesa dan stabil.

Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, Sportage dilengkapi enam beg udara, sistem brek ABS, Electronic Stability Control (ESC), Dynamic Brake Control (DBC), Hill-start Assist Control (HAC) dan struktur badan Advanced High Strength Steel (AHSS).

Kia-Sportage-2016-mekanika6

Didatangkan dalam warna biru, merah, putih mutiara dan perak, Sportage 2.0L KX ditawarkan pada harga RM121,888 seunit. Sementara Sportage 2.0L GT pula berharga RM141,888 seunit.

Kedua-dua varian ini hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Google ads
Back to top button