Modifikasi

SUBARU IMPREZA VERSION 8 STI

Saya rasa kita ada cara pemikiran yang sama. Mahukan sebuah kereta yang cantik, power, jimat minyak, boleh jadi kereta keluarga, balik kampung, pergi kerja, bawa bercuti, tak pening masuk pusat membeli-belah yang penuh speed bump dan cukup untuk bayar ansuran bulanan. Terutama dalam keadaan ekonomi sekarang selepas GST.

Subaru-Impreza-Version-8-STi-mekanika (12)

Untuk mendapat kereta yang menepati spesifikasi ekonomi sebuah keluarga kelas pertengahan (yang tak lama lagi jatuh ke golongan pendapatan rendah) kita perlu memilih kereta dengan berhati-hati.

Seperti yang selalu saya pesan, jangan ukur duit ikut bayaran bulanan sahaja. Ukur juga bab modifikasi, penyelenggaraan dan cukai jalan.

Subaru-Impreza-Version-8-STi-mekanika (9)

Selamat datang ke dunia Subaru. Sepuluh tahun lalu, kereta ini dimiliki oleh golongan berduit dengan pendapatan isi rumah 5 angka. Sekarang, boleh beli sangat sebab kereta ni masih boleh guna pinmajan bank.

Kereta ini dicipta daripada ilham sukan rali. Asasnya 4WD, enjin lasak dan paling penting, versatil untuk apa juga kegunaan.

Subaru-Impreza-Version-8-STi-mekanika (11)

Antara model yang boleh diharap daripada sebuah Impreza ialah versi 8 STi. Sebab asasnya dah ada gear 6 kelajuan. Kalau model hujung keluaran, PCD rim nya ialah 114.3, dah kembali kepada universal buatan Jepun.

Version 8 milik Ronnie ni walaupun nampak kacak dan garang, sebenarnya modifikasi yang dibuat masih lagi relevan untuk kereta pemanduan harian.

Subaru-Impreza-Version-8-STi-mekanika (1)

Sebuah turbin VF42 dan boost 1.7 bar tidak menyebabkan anda bermusuh dengan stesen minyak. Kalau kena dengan AR80 dan 2 bar, injektor 1,000cc silap-silap setangki petrol tak sampai 180km.

Boleh buat menangis kalau kereta bawa tiap-tiap hari. Dahlah nak kena suap RON97. Begitulah ironinya kalau nak modifikasi. Untuk lengkapkan set pertama tadi, ekzos lama digantikan dengan set lengkap Blitz Nur Spec.

Subaru-Impreza-Version-8-STi-mekanika (7)

Masa saya main kereta sukan dulu Blitz Nur ialah antara ekzos yang mampu milik buatan Jepun. Full set dari cat tengah sampai belakang dalam RM2,000 macam tu boleh

dapat. Kalau ekzos lain jenis kena himpit dengan forklift kat half-cut. Ini baru beb!

Penyelesaian tambahan pada enjin ialah sebuah blow-off Greddy Type RS. Ada orang kata yang bagus untuk Boxer ialah GFB – GO Fast Bits. Entahlah. Ikut cita rasa masing-masing. Kelengkapan akhir untuk enjin ini ialah sebuah pelaras boot Greddy Profec B.

Subaru-Impreza-Version-8-STi-mekanika (3)

Kalau anda biasa pandu kereta ini di trek, Subaru memang ada kelebihan dari segi pengendalian berbanding Evo. Konfigurasi enjin boxer memberi imbangan berat yang dinamik berbanding enjin 4 selinder Evo.

Tapi untuk menjadikannya lebih sedap, set suspensi aftermarket kena ada. Kalau guna suspensi standard kilang, lepas tu claim korner cecah lutut memang nak kena lempang lah. Kalau stock kilang tu S203 lain lah ceritanya.

Subaru-Impreza-Version-8-STi-mekanika (14)

Ronnie memilih TEIN Super Street jenis boleh laras. Ini pun antara revolusi suspensi bajet sederhana yang boleh diharap. Brek Brembo lama tu padan sangat dah. Apa  yang ditukar ialah pelapik brek Endless di keempat-empat sudut.

Rim JDM atau aftermarket? Ikut bajet masing-masing. Kalau ada tak kisah dengan nilai RM yang makin menjunam, boleh beli rim JDM. Kalau sekadar nak cantik, guna rim XXR 18 inci ni pun tiada masalah.

Subaru-Impreza-Version-8-STi-mekanika (10)

Saya rasa brader ni pentingkan rupa. Sebab itu bila guna rim offset, dia tambah fender trim supaya dapat hasil akhir yang menarik. Kalau tidak, mau kena camber -25. Banyak trend sekarang guna rim lebar acah-acah hellaflush, tapi camber tak usik. Dah nampak macam pembajak sawah pun ada.

Dalaman dan luaran tak banyak perubahan. Cuma lebih kepada peralatan bolt on. Meter Defi, Timer Apexi, Pivot Speed meter. Luarnya pula lebih kepada kosmetik dengan tema rali Cusco, roof ventilator, fender trim dan splitter depan dan tepi. Kecil-kecil semua benda ni kalau tak belek betul-betul macam tak ada.

Subaru-Impreza-Version-8-STi-mekanika (5)

Semuanya perlu ada kesabaran minat dan kesungguhan. Kalau ada azam, kumpul duit, cari kerja-kerja sampingan boleh sahaja pandu kereta dan maintain laju macam ni.

Banyak dah kalau nak maki pasal maki harga barang makin mahal pun tak guna. Kena cari alternatif lain. Nazim tu korang tengok rajin betul dia run barang hari-hari balik kerja buat side income jual parts Myvi. Sekarang pakai Vellfire. Beza kita ni antara rajin dengan tidak je kan?

Subaru-Impreza-Version-8-STi-mekanika (16)

So wake up yeeberibadi. Korang semput dengan harga trim rambut RM1,200, nak marah pun jadi apa? Jadi mulakan langkah pertama.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button