
KIA SPORTAGE CATAT JUALAN TOP 10 DI UK PADA BULAN JULAI
Tahukah anda pada bulan Julai lalu, pasaran kenderaan di United Kingdom telah jatuh sebanyak 9.3 peratus? Walaupun begitu, Kia Motors (UK) Ltd. mencatat pencapaian prestasi baik dengan jualan sebanyak 7,155 unit.
Di pasaran tempatan, Kia Sportage dihimpit dengan hebat oleh Honda HR-V, CR-V, Nissan X-Trail dan Mazda CX-3, CX-5 tetapi di UK, jualan SUV itu paling laris dalam barisan produk Kia.
Jualan Kia Sportage pada bulan Julai sahaja ialah sebanyak 3,155 unit seterusnya layak untuk berada dalam senarai top 10 paling laris di UK.
Angka tersebut secara jelas menjadikan Sportage sebagai produk Kia paling laris dalam pasaran. Selain itu, prestasi Kia turut dibantu oleh Picanto baharu dengan jualan hampir seribu unit pada bulan lalu dan juga cee’d yang popular di kalangan pelanggan bisnes dan runcit.
Sehingga bulan Julai, jualan Kia sudah mencapai 57,805 unit iaitu peningkatan sebanyak 4,045 berbanding tempoh sama tahun lepas. Pegangan pasaran Kia di UK juga meningkat kepada 3.7 peratus. Dengan prestasi tersebut, Kia yakin untuk mencapai sasaran jualan tahunan sebanyak 92,000 unit.
Dalam tempoh berbaki beberapa bulan lagi tahun ini, Kia bakal melancarkan sedan hebat Stinger dan SUV kompak Stonik.
BACA: KIA STONIC – SAUDARA KEMBAR HYUNDAI KONA BAKAL DILANCARKAN TAHUN INI
BACA: INI PERUBAHAN PERINGKAT AKHIR KIA STINGER – TIDAK MUDAH DAN MENGUJAKAN