
KIA STONIC 2026 – SUV BANDAR BAHARU YANG LEBIH BERGAYA
Sekitar tahun 2017, pengeluar kenderaan berasal Korea, Kia pernah menghasilkan sebuah model SUV dalam segmen B, Kia Stonic. Ianya sebuah SUV bandar yang boleh tahan laku di pelbagai negara. Walau pun generasi pertamanya masih lagi dijual di beberapa negara seperti Paksitan dan juga China, namun tahukah anda bahawa ianya sudah tidak lagi ditawarkan di Korea pada tahun 2020 disebabkan kurangnya permintaan.
Pun begitu, jualan di Eropah serta negara Asia Pakistan dan China masih lagi mendapat sambutan yang baik dengan kilan pemasangannya turut berada di Yancheng China dan Karachi Pakistan.

Dan Kia Stonic yang dipaparkan ini barangkali ada yang menyangka ianya adalah generasi kedua setelah lamanya berada dalam pasaran global. Tetapi sebenarnya ia adalah model major facelift dengan membabitkan beberapa perubahan yang cukup ketara di fascia hadapan dan belakang sehingga ada yang menyangka ianya adalah model serba baharu.
Dengan panjang 4,165 mm dan menawarkan kapasiti kargo sehingga 352 liter, Kia Stonic baharu ini menggabungkan ukuran kompak dengan ruang dalaman yang serba guna. Dengan ruang kaki depan 1,070 mm dan dimensi penumpang belakang yang praktikal, ia memberikan keselesaan dan pelbagai fungsi dengan dimensi yang pintar dan sesuai untuk bandar.

Dengan perubahan rupa yang cukup ketara, Kia Stonic kini turut menerima gaya bahasa reka bentuk Kia yang terkini Opposites United untuk bahagian hadapan dan juga belakang sekali gus memberikannya imej yang lebih moden punya similiariti dengan model EV keluaran Kia yang lain.
Rekaan baharu turut meliputi rekaan roda aloi baru, dengan pilihan saiz 16 inci dan 17 inci, memberi model ini kehadiran yang lebih yakin, dengan aloi 17 inci eksklusif yang dikhususkan untuk trim GT-Line. Penawaran warna baharu luaran yang dikemas kini menampilkan dua warna Adventurous Green and Yacht Blue.

Bahagian kabin turut menerima tingkat taraf dengan dua paparan skrin bersaiz 12.3 inci termasuklah untuk sistem infohiburan. Malah ADAS turut dilengkapi sama seperti SUV segmen yang terlebih dahulu berada dalam pasaran kebelakangan ini.
Pilihan trenkuasa meliputi enjin 1.0 liter T-GDi petrol dan juga pilihan enjin mild-hybrid (MHEV) dengan keduanya boleh dipilih sama ada kotak gear manual enam kelajuan atau pun kotak gear auto tujuh kelajuan.
BACA : KIA EV9 – SUV RAKSASA EV 6 TEMPAT DUDUK.
BACA : KIA PERLIHAT SUV NIRO GENERASI BARU – REKAAN LEBIH RADIKAL


