
HONDA PRELUDE 2026 RASMI DIPERKENAL, 2.0L HIBRID 200 HP/300NM
Setelah dihebahkan sekian lama dan dibawa ke pameran antarabangsa termasuk Malaysia, Honda akhirnya memperkenalkan Prelude 2026 di Amerika Utara.
Model coupé ini menjadi yang pertama menggabungkan sistem hibrid-elektrik dua motor Honda dengan komponen casis berprestasi tinggi daripada Civic Type R.
Prelude baharu menjanjikan pengendalian yang tajam, stereng tepat dan pecutan responsif, tetapi masih kekal selesa untuk pemanduan harian.
Ia dijadualkan tiba di bilik pameran Honda di A.S. pada akhir musim luruh 2025.
Rangkaian Kuasa Hibrid

Prelude menggunakan enjin 2.0L Atkinson DOHC suntikan terus digandingkan dengan dua motor elektrik berkuasa tinggi. Keseluruhan sistem hibrid menghasilkan 200 kuasa kuda (hp) dan 315 Nm tork.
Enjin petrol 2.0L menghasilkan 141 hp @ 6,000 rpm dan 182 Nm @ 4,500 rpm, manakala motor elektrik menjana 181 hp @ 5,000–6,000 rpm dan 315 Nm @ 0–2,000 rpm.
Sistem pacuan hadapan menggunakan unit pacuan terus (Direct Drive Unit) dengan pedal gear logam.
Honda S+ Shift membolehkan simulasi penukaran gear, termasuk padanan rev, pegangan gear dan bunyi enjin dipertingkat.
Tangki bahan api 40 liter, menggunakan petrol RON biasa.
Ciri Mekanikal

Di A.S Prelude hanya ditawarkan dalam satu varian penuh spesifikasi dengan ciri berikut:
- Suspensi hadapan dual-axis (perkongsian Civic Type R)
- Penyerap Hentak Adaptif talaan khas Prelude
- Angkup brek hadapan Brembo 4 omboh aluminium berwarna biru Prelude
- Cakera brek hadapan 13.8 inci, belakang 12.0 inci
- Rim 19 x 8.5J Berlina Black dengan tayar 235/40R19 (pilihan tayar musim panas)
- Sistem Bantuan Pengendalian Lincah baharu untuk kawalan casis lebih stabil
- Mod pemanduan: Comfort, GT, Sport, Individual dengan talaan berbeza untuk respon enjin, stereng, suspensi, bunyi enjin, kluster meter dan kawalan jelajah adaptif
Rekaan Luaran

Direka di Jepun, Prelude tampil dengan ciri aerodinamik seperti spoiler bawah hadapan besar, permukaan rata di tepi pintu dan bahagian belakang untuk menambah kestabilan pada kelajuan tinggi.
Profil coupé rendah dengan bumbung ‘double-bubble’, fender lebar dan bentuk yang kemas menyerlahkan kedudukan rendah dan lebar Prelude.”
Lampu siang berbentuk sayap dan lampu belakang penuh dengan dua garisan mendatar menampilkan gaya lebar kereta ini.

Perincian lain:
- Gril krom hitam
- Kemasan biru di bampar hadapan & belakang
- Angkup brek biru dengan logo Prelude & Brembo
- Pemegang pintu rata (flush)
- Antena terbina dalam cermin belakang
- Bumbung menggunakan teknik kimpalan brazing laser tanpa jalur acuan
Prelude ditawarkan dalam lima warna iaitu Winter Frost Pearl (pilihan bumbung hitam), Meteorite Gray Metallic, Crystal Black Pearl, Rally Red dan Boost Blue Pearl.

Pelanggan boleh menambah aksesori Honda tulen seperti rim 19 inci Berlina Black unik, spoiler belakang hitam, spoiler bawah bampar hadapan, emblem hitam dan penutup cermin sisi.
Dimensi
- Panjang: 4,533 mm
- Lebar: 1,880 mm
- Tinggi: 1,356 mm
- Jarak roda: 2,606 mm
Kabin Fokus Pemandu

Ruang dalaman direka sebagai kokpit GT dengan papan pemuka rendah dan tiang A nipis untuk penglihatan yang luas.
Ciri dalaman:
- Kerusi sport kulit dengan corak houndstooth (bergigi) dan berlubang, logo Prelude timbul pada penyandar kepala
- Fungsi pemanas tiga tahap dengan rekaan sokongan sisi tidak simetri – bahagian pemandu lebih memeluk manakala penumpang lebih santai.
- Stereng rata bawah berbalut kulit dengan jahitan biru, jalur jam 12, pedal gear aloi
- Konsol tengah & papan pemuka bawah dibalut kulit sintetik tekstur “cloud-like” dengan sulaman logo Prelude
Pilihan warna kabin dengan pilihan dua tona biru-putih atau hitam dengan jahitan biru berlawanan.
Di belakang, kerusi 2+2 didatangkan bersama ruang kaki 813 mm. Turut dibekalkan ruang simpanan 428 liter, dengan kerusi boleh dilipat 60/40 untuk membawa barangan besar seperti beg golf.

Teknologi Pintar
- Paparan meter digital 10.2 inci dengan takometer besar, paparan pelbagai maklumat & paparan mod eksklusif
- Skrin HD sesentuh 9 inci dengan Google built-in, Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar
- Google built-in termasuk Maps, Assistant & Play Store dengan pelan data percuma 3 tahun
- Pengecas telefon tanpa wayar & hotspot WiFi
- Sistem audio Bose Centerpoint 8 pembesar suara dengan Super65 wide-range speakers & subwufer di ruang simpanan
Keselamatan

Prelude 2026 menggunakan struktur ACE (Advanced Compatibility Engineering) generasi baharu dan beg udara hadapan rekaan terkini yang melindungi kepala penumpang dengan lebih baik.
Terdapat juga beg udara lutut dan sisi belakang standard.
Ciri standard keselamatan & bantuan pemandu:
- CMBS™ dengan pengesan pejalan kaki
- Amaran Pelanggaran Hadapan
- Kawalan Keluar Lorong + Amaran Keluar Lorong
- Pemantau Keletihan Pemandu
- Kawalan Jelajah Adaptif
- Sistem Kekal Lorong (LKAS)
- Bantuan Pemanduan Dalam Kesesakan
- Pengesanan Papan Tanda Trafik
- Lampu Tinggi Automatik
- Maklumat Titik Buta + Amaran Lalu Lintas Belakang
- Brek Selepas Pelanggaran (PCB)
Selepas A.S ke mana pula destinasi Prelude? Adakah ke pasaran tempatan? Kami optimis mengenainya memandangkan Prelude pernah dipamerkan di Kuala Lumpur. Cuma, jangkakan harga yang premium.








































































