
CHINA BAKAL HARAMKAN PEMBUKA PINTU RETRACTABLE – ELOK JUGA, NAK GANTI BALIK MAHAL OO
Teknologi automotif memang berkembang dengan pantas dan kadang-kala pembaharuan membawa lagi banyak masalah dari penyelesaian. China kini dengarnya sedang bersedia untuk mengharamkan penggunaan pembuka pintu retractable. Satu peraturan sedang digubal mengenainya dan jika diluluskan tiada kereta bahru dibenar menggunakannya.

Sumber dalaman Ministry of Industry and Information Technology menyebut mereka akan mengharamkan sepenuhnya pembuka pintu retractable sepenuhnya tapi versi semi retractable masih dibenarkan. Syarat utama ialah kesemua kenderaan mesti dilengkapi dengan sistem sokongan mekanikal untuk membuka pintu ketika kecemasan.
Menurut Car News China, ia bakal dikuatkuasakan penghujung September ini tapi pengeluar masih mempunyai tempoh setahun untuk menghabiskan tempahan yang sudah diterima. Kebanyakan pengeluar sudah sedar tentang perubahan ini dan banyak yang sudah mula mengambil langkah penyelesaian.
Pembuka pintu seperti ni memang dah sinonim dengan EV moden yang dipuji kerana kelihatan futuristi selain pencapaian aerodinamik. Ia bagaimana pun dikatakan tidak seindah yang dikhabarkan.

Para jurutera menyatakan penggunaan pembuka pintu seperti ni mengurangkan seretan drag sekaligus menyumbang kepada penjimatan tenaga sekitar 0.6 kWh setiap 100 kilometer. Pada masa yang sama motor-motor dan mekanisma sokongan untuk pembuka pintu jenis ini menambah 7-8 kg berat. Aah penat macam ni.
Malah laporan diterima dari seluruh tentang kegagalan sistem ini dalam kemalangan. Motor yang beku akibat cuaca sejuk juga tidak membantu dalam kecemasan. Data perlanggaran menunjukkan 30 peratus pembuka pintu jenis ini gagal beroperasi selepas menerima hentaman sisi. Bila dah baiki, nak ganti balik mahal pulak tu.





