Artikel Pilihan

MYBAYAR SAMAN, PORTAL BAYAR SAMAN PDRM. TAK PAYAH BERATUR DAH

Minggu lepas penulis habiskan masa hampir setengah hari ke balai polis berdekatan rumah disebabkan ada promosi diskaun saman sehingga 50%. Ini bermakna kalau ada saman RM 300, anda boleh dapat diskaun sehingga RM 150 dengan syarat saman terebut bukan berstatus kes mahkamah, memiliki waran, disenarai hitam dan NC.

Caranya masuk ke balai, terus ke kaunter khas semakan, kemudian ke kaunter pindaan. Selesai ke kaunter pindaan barulah ke kaunter bayaran. Opss pastikan anda bawa wang tunai yang mencukupi atau kad pembayaran bagi memudahkan urusan. Ini bermakna anda perlu beratur 4 kali (termasuk beratur di ATM) untuk membayar saman.

Tapi nasib baik pihak PDRM telah melancarkan satu sistem baru yang dinamakan MyBayar Saman bagi memudahkan urusan pembayaran sama. Berikut ialah langkah demi langkah bagi proses pembayaran saman

1. Anda perlu mendaftarkan diri sebagai pengguna di portal MyBayar Saman. Seperti biasa anda perlu memasukkan maklumat diri, alamat email dan juga no telefon untuk pendaftaran

2. Satu nombor One Time Password 6 angka akan dihantar ke no telefon anda untuk pengesahan dan anda perlu memasukkan nombor ini semasa pendaftaran

3. Tetapkan kata laluan dan kod laluan anda semasa pendaftaran. Biasanya google akan mencadangkan kata laluan yang selamat, tapi kalau anda daftar dengan komputer riba maka kata susah sikit nak masuk guna peranti lain melainkan anda hafal kod laluan yang dicadangkan oleh Google

4. Selesai menetapkan kata laluan, nah siaplah akaun anda. Sistem akan logout secara otomatik dan anda perlu mendaftar masuk dengan akaun dan kod laluan yang anda tetapkan

5. Selepas log masuk, nah secara automatik semua saman lama anda akan tersenarai. Jika anda perhatikan betul-betul semua saman ini akan memiliki nilai diskaun. Tapi jangan lama lama sebab diskaun ini tempohnya terhad

Anda juga boleh melihat gambar yang disertakan dalam saman sebagai bahan bukti

6. Klik saman mana yang anda ingin bayar dan pilih cara bayaran yang sesuai. Anda boleh membayar dengan kaedah bayaran perbankan FPX ataupun dengan menggunakan kad kredit.

Penulis memilih untuk melakukan bayaran FPX jadi sistem akan memasuki perbankan Maybank2U secara otomatik. Anda boleh teruskan bayaran seperti biasa anda menggunakan portal e-dagang yang lain

7. Sebaik sahaja bayaran anda berjaya, satu status di atas akan muncul bagi mengesahkan bahawa bayaran saman telah diselesaikan. Satu salinan resit akan dihantar terus ke email sebagai bukti pembayaran.

Mudah kan guna MyBayar Saman. Jadi anda boleh gunakan sistem ini tanpa perlu pergi ke balai polis trafik untuk menyelesaikan saman anda.

Google ads
Back to top button