Artikel Pilihan

KISAH TEKSI DI BUMI TEMASEK

Umum mengetahui teksi adalah antara mode pengangkutan yang penting bagi mereka yang inginkan lebih keselesaan dan ruang sendiri (privacy) serta terus menuju ke destinasi tanpa perlu jauh menapak kaki jikalau menaiki bas. Sebagai sebuah kota moden, Singapura boleh diiktiraf sebagai antara lokasi penyedia teksi yang bertaraf dunia.

PROTON EXORA TEKSI 1MALAYSIA

LONDON TAXI HYBRID BAHARU DIUJI CUACA PANAS MELAMPAU DI ARIZONA

Pengalaman Brader Karrager menaiki teksi di sana sekitar awal tahun 1990an, teksi yang popular dan banyak atas jalan adalah Toyota Crown dan juga Nissan Cedric. Kedua-duanya menggunakan diesel sebagai utama bagi tujuan penjimatan bahan bakar dan lebih lasak untuk digunakan seharian. Itu jam, tiga batu pun boleh dengar dah enjin diesel teksi ni.

Walaupun dengar pakai Toyota Crown, anggapan ianya adalah teksi premium sebetulnya salah. Ini kerana spesifikasi untuk teksi berbeza sama sekali dengan saudaranya di Jepun. Spesifiaksi teksinya adalah khusus untuk golongan bawahan. Tapi praktikal untuk membawa penumpang dengan selamat dan bergaya dan teksinya pula cukup tahan lasak.

Namun itu adalah cerita lama. Teksi Toyota Crown terakhir yang bertugas di jalanan adalah pada tahun 2014 dek kerana telah digantikan dengan teksi-teksi terkini yang jauh lebih moden dan selesa.

Dan di zaman moden ini, secara perlahan-lahan mengambil peranan tugas sebagai teksi daripada jenama Toyota. Kia Optima adalah antara juga banyak dijelmakan sebagai teksi sekitar pertengahan tahun 2000. Manakala sekarang ini, Hyundai i40 (1.7 berenjin diesel) pula semakin banyak disumpah menjadi teksi.

Selain menggunakan teksi berenjin diesel, sebetulnya terdapat juga Toyota Prius generasi terkini yang turut dijadikan teksi. Kira ada jugalah fungsi tanggungjawab sosial bagi menjaga alam sekitar. Manakala bagi mereka yang berkumpulan, teksi dengan fungsi MPV turut tersedia untuk mengambil penumpang seperti Ssangyong Rodius SV270 XDI atau pun Toyota Vellfire. Gila, Vellfire tu kita buat pergi balik kampung Mentakap atau jalan-jalan Pavi dia selamba buat teksi.

Akan tetapi bagi mereka yang inginkan gaya klasik sambil feeling kota London, boleh juga menempah London Taxi TX4. Cuma teksi milik SMRT Corp ini berwarna putih dan bukannya hitam seperti yang asli punya. Sebetulnya pilihan teksi di Singapura ini terlalu banyak. Pengendali teksinya pula ada lebih kurang lima buah syarikat walaupun ianya sebuah negara yang cukup kecil. Tapi boleh bayangkan tidak, di mana sebuah negara yang sangat bergantung kepada mode pengangkutan awam maka tidak hairanlah teksi di Singapura bukan main bersepah lagi.

Jenis tak sempat nak menguap, sampailah teksi depan mata. Cuma nak pilih sahaja mana satu teksi yang berkenan di hati. Angkat tangan, tahan sahaja.

Jikalau anda fikir pakai Vellfire sebagai teksi dah cukup gila, tahukah anda juga sebetulnya juga boleh turut menempah Chrysler 300C yang turut bersedia untuk membawa ke mana sahaja destinasi anda. Walaupun ianya bertarafkan teksi premium / limo, namun harga tambang yang dibayar tidaklah mahal mana. Masih lagi dalam lingkungan mampu bayar. Buat tempahan satu kali, buat rombongan hantar hantar pengantin lelaki. Pengantin datang naik Chrysler ni der. Teksi pun teksi lah, iya tak?

Google ads
Back to top button