Artikel PilihanMotosikal

DEMI CINTA TERHADAP DUCATI – SEORANG AYAH NAMAKAN ANAK KEMBARNYA DENGAN NAMA KHAS DUCATI

Siapakah idola anda dalam hidup? Atau sesuatu yang sangat anda minat sehingga sanggup menamakan anak anda dengan nama seperti minat anda. Jika di Indonesia sebelum ini ada ayah yang menamakan bayi baru lahirnya dengan nama Pajero Sport kerana minat yang mendalam terhadap SUV tersebut. Kini seorang lagi ayah di sana lebih tepatnya dari Gombong mengikut jejak yang sama.

Berita ini kami petik dari salah satu blog permotoran tersohor Indonesia enoanderson.com yang menyatakan berita ini bukannya cerita viral tidak tentu hala tetapi berdasarkan surat yang dikirimkan sendiri oleh si ayah kepada beliau. Si ayah yang berasal dari Gombong, Jawa Tengah merupakan salah satu daripada peminat Ducati dari serata dunia.

Tapi semua sedia maklum Ducati bukannya seperti Demak interchange yang boleh dikatakan mampu dimiliki semua. Apatah lagi di Indonesia di mana motosikal memang agak mahal harganya. Ducati paling murah di Indonesia ialah Scrambler Sixty2 yang berharga Rp220juta (RM68,000) tetapi cuma dengan enjin 400cc. Jika mahu mendapatkan Panigale seperti Abang Japar. Hmm… sediakan sahaja Rp800juta (RM250,000) untuk membawanya pulang ke rumah.

Tapi itu bukan pematah semangat buah Abang Jarwo kita, walaupun masih belum mampu memiliki Ducati merah menyala yang sering disaksikan di internet beliau tidak berputus asa. Si ayah yang merupakan peminat Loris Capirossi seawal tahun 2000 memberikan nama khusus buat kedua anak kembarnya yang comel : Shania DESMOSEDICI Wahyuni dan Shania DESMODROMIC Dwiki. Ambik kau.

Pemilik blog enoanderson.com ini pada mulanya menyangka pengirim e-mail tersebut cuma bergurau tetapi bila melihat lampiran sijil lahir yang disertakan ternyata si ayah memang serius. Bahkan beliau turut menyatakan jika beliau dikurniakan anak lelaki selepas ini beliau akan menamakannya dengan nama Stoner ataupun Bayliss, dua pelumba hebat Ducati dalam perlumbaan WSBK.

BACA: DUCATI 1299 PANIGALE R FINAL EDITION – RM172,000 SEUNIT (DI AMERIKA)

Semoga kedua anak ini membesar secantik dan seindah nama Ducati yang dibawanya. Okey ada sesiapa nak bagi nama anak dengan nama Termignoni? Atau Superleggera mungkin?

Sumber dari: https://enoanderson.com/blog/2017/10/20/ayah-berikan-nama-khas-ducati-anaknya/

Google ads
Back to top button