KLIMS 2024: NISSAN KICKS e-POWER DILANCARKAN, HARGA BERMULA RM113K
Nissan Kicks e-Power kini secara rasmi dilancarkan untuk pasarann di Malaysia dan ditawarkan pada harga bermula RM113,800.
SUV segmen B ini hadir dalam tiga varian iaitu VL, VLT dan VLT dua tona.
Dari luaran, Kicks e-Power tampil dengan kelengkapan seperti lampu LED automatik, lampu kabus LED, cermin sisi boleh lipat automatik, pengelap cermin sensitif kelajuan serta kit pembaikan tayar.
Untuk pilihan warna, Kicks e-Power hadir dengan lima pilihan warna:
- Black Star
- Sunrise Orange
- Brilliant White Pearl
- Brilliant Silver
- Red Pearl
Tambahan, varian VLT boleh dipesan dengan bumbung hitam Super Black untuk warna Sunrise Orange, White Pearl dan Red Pearl.
Bukan itu sahaja, satu lagi warna dua tona ditawarkan untuk varian ini adalah Dark Metal Grey.
Menjengah dalam kabin, ia dilengkapi panel meter digital 7.0-inci serta skrin infotainment jenis bersaiz 8.0-inci, dengan ketersambungan Apple CarPlay/Android Auto.
Kelengkapan lain termasuk sistem audio dengan enam pembesar suara, pelarasan manual enam hala untuk kerusi pemandu dan empat hala untuk kerusi penumpang depan serta tiga port USB.
Nissan Kicks e-Power menggunakan teknologi hibrid berbeza dengan pesaingnya, di mana ia berfungsi sepenuhnya melalui motor elektrik yang dijana oleh enjin petrol 1.2L 3-silinder yang bertindak sebagai generator.
Nadi berkenaan berupaya menghamburkan 127hp dan tork 280Nm, ia menawarkan prestasi yang hampir setanding dengan kenderaan elektrik tulen (EV).
Satu ciri menonjol ialah e-Pedal, yang membolehkan pemanduan menggunakan satu pedal, sesuai untuk situasi trafik dan memaksimumkan brek regeneratif untuk mengecas bateri.
Selain itu, Nissan Kicks e-Power menjanjikan kecekapan bahan api sehingga 21.7km/liter (berdasarkan kitaran NEDC) dengan jarak pemanduan maksimum 900km daripada tangki 41 liter.
Dari segi keselamatan, kedua-dua varian dilengkapi dengan:
- 7 beg udara
- Vehicle Dynamic Control (VDC)
- Traction Control System (TCS)
- Hill Start Assist (HSA)
- Cruise Control
Varian VLT menambah lebih banyak ciri keselamatan seperti:
- Kamera 360 darjah dengan Pengesanan Objek Bergerak
- Cermin pandang belakang pintar
- Amaran titik buta
- Amaran lintasan trafik belakang
- Tempat duduk kulit Zero Gravity dwi-tona
Nissan Kicks e-Power telah menerima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP, memastikan ia selamat dan dipercayai untuk pengguna Malaysia.
Untuk harga, perincian adalah seperti berikut:
- Nissan KICKS e-POWER VL: RM113,800
- Nissan KICKS e-POWER VLT: RM121,800
- Nissan KICKS e-POWER VLT dua tona: RM125,800
Bagi 500 pelanggan pertama, ETCM menawarkan jaminan komponen EV awal selama 10 tahun/160,000 km, ditambah rebat harga pengenalan sebanyak RM5,000.
GALERI: