KLIMS 2024: MAZDA CX-60 DIPERKENALKAN, JANA 280HP, DILENGKAPI CIRI DRIVER PERSONALISATION
Mazda CX-60, model SUV terkini dalam barisan premium Mazda, kini dipamerkan di acara Kuala Lumpur International Mobility Show 2024.
Dari segi reka bentuk, Mazda CX-60 adalah lebih lebar, lebih tinggi, dan badan yang kelihatan lebih berotot menjadikan ia sebagai SUV bersaiz sederhana paling ‘gagah’ dalam barisan Mazda setakat ini.
Mazda CX-60 hadir dengan rim aloi bersaiz 20-inci, lampu LED Signature, tailgate berkuasa dengan fungsi tanpa sentuhan, sensor parkir depan dan belakang, ciri Driver Personalisation dan Monitor pandangan 360-darjah.
Di bahagian dalam, ia dilengkapi skrin infotainmen dan kluster meter berukuran 12.3-inci, sistem audio 12 pembesar suara serta terdapat pengecas tanpa wayar.
Mazda CX-60 untuk pasaran Malaysia dijangka hadir dengan enjin 3.3G Turbo inline- 6 dan sistem Mild Hybrid Electric Vehicle (MHEV) berkuasa 280hp dan tork 450Nm yang dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD).
Sistem mild hybrid itu menggunakan bateri lithium-ion berkapasiti 0.33kWh dan seunit motor elektrik kecil yang mampu menjana sekitar 16PS dan tork 153Nm.
Menjadi model hibrid pertama Mazda untuk pasaran tempatan, rangkaian kuasa itu menawarkan pengalaman pemanduan yang responsif dan stabil.
Enjin berkenaan dipadankan dengan sistem transmisi automatik 8-kelajuan yang turut dikenali sebagai ‘learning gearbox’.
Dari segi keselamatan, ia menerima kelengkapan Sistem ADAS, merangkumi;
- Pemantauan Titik Buta (BSM)
- Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA)
- Bantuan Kekal Lorong (LAS)
- Sistem Brek Pintar (SBS)
- Kawalan Jelajah Radar Mazda (MRCC)
- Sistem Bantuan Keselamatan Bandar (CTS)
Kehadiran Mazda CX-60 kelak bakal menambahkan lagi pilihan SUV premium di pasaran tempatan, memberikan alternatif yang lebih menarik bagi pembeli inginkan gaya dan prestasi premium.
GALERI:
- BACA: KLIMS 2024: PERODUA PAMER MODEL PROTOTAIP EV eMO-II. HARGA BAWAH RM90K, BATERI LFP, 410KM SEKALI CAJ
- BACA: KLIMS 2024: NISSAN KICKS e-POWER DILANCARKAN, HARGA BERMULA RM113K
- BACA: TERKINI: HONDA CBR650R/CB650R E-CLUTCH SAH MASUK MALAYSIA 2025
- BACA: HONDA BEAT GENERASI TERBARU KINI DI MALAYSIA – RM6,090