PESAWAT AIR FORCE OSPREY MUSNAHKAN HELIPAD HOSPITAL
Sebuah helipad di Hospital Addenbrooke Cambridge, utara England musnah selepas pesawat milik tentera Amerika Syarikat (AS) melakukan pelepasan di atasnya.
Menurut laporan Daily Mail, pesawat Air Force (USAF) CV22 Osprey AS melakukan penerbangan di landasan itu semasa sesi latihan baru-baru ini.
Pesawat itu sepatutnya melengkapkan perjalanan terakhir ke hospital dengan ambulans dan kakitangan penjagaan kritikal berada di dalam kapal.
Jurucakap bagi tiga ambulans udara, East Anglian Air Ambulance(EAAA), Magpas Air Ambulanceand Essex serta Herts Air Ambulance berharap helipad itu dapat digunakan semula dalam kadar segera.
Ia berikutan, insiden itu menyebabkan pesakit yang kritikal tidak boleh dihantar menggunakan helikopter.
Lebih 800 pesakit menerima rawatan akibat kemalangan di hospital itu termasuk pesakit yang perlu diterbangkan ke Lapangan Terbang Cambridge untuk mendapatkan rawatan di luar.
Helipad terdekat berada di kawasan lapangan terbang itu yang menempatkan pasukan EAAA.
“Berkemungkinan helipad EAAA boleh digunakan sebagai alternatif pendaratan buat masa sekarang,” jelas jurucakap tersebut. – agensi
- BACA: HELIKOPTER BAWA ORGAN PENDERMA TERBABAS ATAS HOSPITAL. PEGAWAI PERUBATAN JATUHKAN PULA ORGAN TU!!!
- BACA: UBER TAWAR KHIDMAT TEKSI UDARA DI MELBOURNE MULAI 2023
- BACA: SPRM SITA HELIKOPTER PERSENDIRIAN, PORSCHE, MUSTANG, MCLAREN DAN KAPAL MEWAH MILIK KETUA SINDIKET TENDER KERAJAAN
- BACA: SEWA HELIKOPTER, TABUR DUIT PADA MAJLIS KAHWIN ADIK