Artikel PilihanBuletin

KOLOBORASI PUMA & HOT WHEELS HASILKAN KASUT MENARIK!

Selepas memperkenalkan edisi “Bone Shaker” yang pertama, PUMA kini telah memperkenalkan tiga kasut dalam koloborasi yang akan datang bersama Hot Wheels. 

Sempena meraikan ulang tahun ke 50 jenama kereta mainan itu, koleksi itu didasarkan menerusi  tiga versi sneaker RS-X yang diilhamkan oleh model yang berbeza dari arkib Hot Wheels.

Kasut “Bone Shaker” ini sebelum ini terdapat dalam warna hitam dan emas. Kali ini mereka menampilkan edisi RS-X dan menggunakan tema warna oren terang sebagai identity bagi model edisi khas 1967 Camaro.

Selain itu, edisi ketiga dalam pelancaran ini dihiaskan dengan bahagian atas berwarna biru, yang diilhamkan dari koleksi kereta Hot-cast yang pertama, dikenali sebagai koleksi “Original Sweet 16”.

Kasut akan dilancarkan pada pada 15 November, melalui laman web PUMA dan akan mula berada di butik PUMA yang terpilih pada masa yang sama.

GALERI

Google ads
Back to top button