Buletin

PUMA PAMER KOLEKSI AW 2023 BAHARU DAN LANCAR #PUMACARCLUB, BERLANGSUNG 25 OGOS INI

PUMA baru-baru ini melancarkan koleksi AW 2023 Motorsport di empat pasaran Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Koleksi baharu itu direka untuk peminat sukan permotoran khususnya di rantau ini. Antara koleksi gaya hidup yang boleh anda miliki ialah baju-T, jaket, seluar trek, seluar pendek, topi serta kasut.

Menurut PUMA, rekaan koleksi baharu itu turut melibatkan kerjasama antara jenama motor terkemuka dunia bagi menyemarakkan naratif budaya permotoran sama ada di dalam atau di luar trek.

Koleksi AW 2023 Motorsport oleh PUMA tersedia untuk pembelian di Kedai PUMA dan PUMA.com mulai 15 Ogos ini pada harga RM159 hingga RM729.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang koleksi baharu oleh PUMA, lawati https://my.puma.com/my/ms/motorsport-1.

Perkembangan berkaitan, PUMA turut melancarkan acara Car Club buat julung kalinya di rantau ini dan memilih Malaysia sebagai destinasi pertama untuk menjayakan acara berkenaan.

Car Club akan berlangsung pada 25 Ogos 2023 di Sentul Depot, Kuala Lumpur dan bakal mengumpulkan peminat sukan permotoran serta menampilkan bintang – barisan peneraju industri dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang telah dipilih untuk menjadi sebahagian daripada komuniti #PUMACarClub.

Selain itu, acara berkenaan juga bakal dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada krew tarian hip-hop popular The Zeppo YoungsterZ, penyanyi rap dan pelakon Tosh Zhang.

Google ads
"
"
Back to top button