
Motosikal
KONVO DRIVE-THRU NAIK TUK TUK, NAK MALU APA
Tidak sedikit pun timbul perasaan malu menghadiri majlis konvokesyen dengan menaiki tuk tuk yang ditunggang bapa sendiri.
Bahkan, seorang pelajar Institut Perubatan Medistra di Deli Serdang, Sumatera Utara Alex Satria berasa bangga dengan hasil titik peluh pekerjaan tersebut mampu menamatkan pengajian.
Kehadirannya menaiki tuk tuk itu mencuri tumpuan pelbagai pihak kerana kebanyakan pelajar lain menaiki kenderaan berhawa dingin menghadiri konvokesyen secara pandu lalu.
“Kenapa perlu malu? Saya dan kakak dapat menamatkan pengajian hasil titik peluh ayah menawarkan perkhidmatan tuk tuk kepada khalayak.
“Saya bangga menjadi anak pemandu tuk tuk, yang penting niat untuk berjaya dan balas jasa ibu bapa,” katanya kepada Tribunnews. – Utusan Online
- BACA: PEMANDU TUK TUK DAN PENUMPANG DIDENDA KETUK KETAMPI KERANA KENCING MERATA DI INDIA
- BACA: KAYUH 1,200KM, REMAJA PEREMPUAN DIJEMPUT SERTAI PASUKAN BERBASIKAL KEBANGSAAN INDIA
- BACA: DOKTOR MABUK LANGGAR PENUNGGANG MOTOSIKAL TERUK DIBELASAH DI INDIA
- BACA: BUAT AKSI BERBAHAYA KETIKA BERKONVOI, GENG YSUKU KEMPUNAN NAK MAKAN IKAN PATIN TEMERLOH