BuletinMotosikal

KONVOI MARATHON HONDA RS150R LUD LANGKAWI 2018

Konvoi Marathon LUD Langkawi 2018 yang diadakan pada 13-15 April 2018 lalu telah memberi pengalaman dan kenangan manis kepada para peserta RS150R. Konvoi ini telah dianjurkan dan dijayakan oleh dua pengedar sah Boon Siew Honda (Honda Impian Shop) iaitu Sing Yik Motors Sdn Bhd dari Perak dan Ah Thong Motors dari Kelantan.
 

Sebanyak 55 jentera telah menyertai konvoi tersebut. Pihak penganjur telah menjemput lima orang marshal yang berpengalaman serta pasukan sokongan teknikal dari Boon Siew Honda untuk memastikan semua peserta dalam keadaan teratur dan selamat.
 
Sebab utama penganjuran ini diadakan ialah untuk meneratkan perhubungan tanapa sempadan bangsa dan agama dan dapat melihat lebih dekat operasi pemasangan tempatan (CKD) jentera Honda.  
 
 
Hari Pertama (13/4/2018
Para peserta bertolak dari Kuala Kangsar ke kilang Boon Siew Honda yang bertempat di Kawasan Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang seawal 7.30 pagi yang telah disempurnakan oleh Pengurus Jualan Sing Yik Motors, En. Simon Chuak dan Pengurus Jualan Ah Thong Motors, En. Tio Wei Chun.  
 
Sebaik sahaja tiba ke kilang, para peserta telah disambut oleh pihak pengurusan Boon Siew Honda.  
 
Mereka diberi ucapan ringkas oleh Pengarah Urusan/ CEO, En. Keiichi Yasuda diikuti oleh Ketua Pegawai Jualan, En. Voon Yin Kong. Para peserta kemudian dibawa ke tempat pemasangan untuk melihat kemudahan kilang.
 
 
Sejak operasi berpindah ke kilang baru ini, ini kali pertama peserta diberi peluang untuk melihat sendiri setiap pemasangan jentera dan kemudahkan robot. 
 
Selepas lawatan, majlis diteruskan oleh penyampaian sijil penghargaan kepada ketua pasukan dari Pantai Timur dan Perak.  
  
Pihak penganjur telah menghadiahkan labu sayong sebagai tanda terima kasih kepada Boon Siew Honda.  
 
Selepas jamuan ringan, para peserta dilepaskan oleh Pengarah Urusan/ CEO – En. Yasuda, Ketua Pegawai Jualan En. Voon Yin Kong, Pengurus Besar – En Yee Lip Kwong, Pengurus Kanan Cawangan Pantai Timur – En. Ooi Kheng Siang dan Ketua Kumpulan Cawangan Utara – Cik Yong Wei Wei dan bertolak ke Jeti Kuala Kedah untuk menaiki feri ke Jeti Kuah, Puala Langkawi.
Hari Ke- 2 (14/4/2018)
Di dalam pulau lagenda, mereka bertemu dengan ahli Honda RS150R Pulau Langkawi dan menjelajah menaiki kereta kabel, membeli barang-barang bebas cukai, melawat ke Dataran Helang, Rumah Api Pantai Kok dan Pantai Cenang.
 
 
Hari Ke-3 (19/4/2018)
Pada hari ketiga, mereka berlepas balik ke Jeti Kuala Kedah seawal 8.30 pagi dan menjamu selera di Restoran Top D’ Gurun sebelum mereka bertolak ke rumah masing-masing.
  
 
 
Google ads
"
"
Back to top button