Artikel PilihanMotosikal

PANAS! HONDA RS150R V2! ADA BREK ABS!

Tarikh pelancaran rasmi Honda RS150R V2 facelift hanya tinggal beberapa hari lagi. Ia bakal dilancarkan di Vietnam dan model baru ini akan diikenali sebagai Honda Winner X.

Hari ini, muncul foto yang dipercayai Honda Winner X yang lebih jelas. Sebelum ini, Honda Vietnam menyiarkan video teaser pendek dengan imej vektor yang agak sukar dilihat.

Tapi yang ini lebih terperinci. Foto yang dikongsikan di laman media sosial komuniti motosikal Vietnam ini memperlihatkan dengan lebih jelas dari imej yang pernah dipaparkan sebelum ini.

Sama seperti yang dilihat dalam beberapa foto intipan dan video sebelum ini, Honda RS150R V2 ini akan hadir dengan perubahan besar di bahagian hadapan.

  1. LAMPU UTAMA

Keseluruhan bahagian hadapan muka RS150R ini telah berubah dengan kedudukan lampu utama kini di bahagian “dada”.

Ia didatangkan dengan sepasang lampu utama LED dan juga lampu sokongan. Jika sebelum ini hanya versi Malaysia sahaja yang datang dengan signal “capang”, kali ini nampaknya semua pasaran akan menerima lampu isyarat yang sama.

Namun rupa lampu signal ini lebih senonoh sedikit sebab lebih kecil, tirus dan dengan lensa putih. Ia mirip Honda CB150R.

2. METER FULL DIGITAL

Jika dilihat pada imej video teaser sebelum ini, perubahan turut melibatkan bahagian paparan meter utama.

BACA: VIDEO HONDA RS150R FACELIFT V2

Meter RS150R ini akan menggunakan meter dari Honda CB150R yang didatangkan dengan fungsi paparan digital sepenuhnya. Harap-harap jangan buat background merah macam RS150R sekarang memang sakit mata.

3. PEMIJAK KAKI ALA PERLUMBAAN

Satu lagi perubahan ialah kedudukan footpeg. Pemijak kaki penunggang kini dipasangkan secara individu di bahagian kiri dan kanan. Kelihatannya ia dipasang terus pada perumah khusus yang diikatkan pada pengunci lengan ayun belakang.

Berdasarkan rekaan tersebut, berkemungkinan besar, ia diambil daripada model CB150R.

4. LAMPU ISYARAT & LAMPU BREK LEBIH KECIL (LED)

Lampu isyarat belakang kini diletakkan di bahagian mudguard dan sudah terpisah daripada posisi lampu brek. Sama seperti spesifikasi Malaysia. Model semasa Honda Winner Vietnam hari ini bahagian lampu isyaratnya terletak pada lampu belakang dengan rekaan satu gugusan.

Kini ia dialihkan ke bahagian mudguard belakang dan rekaannya juga lebih tirus dari versi Malaysia. Sekali lagi, ia dipercayai menggunakan komponen yang sama dari model CB150R

5. GRAB RAIL BELAKANG TERPISAH

Jika diperhatikan dengan lebih teliti, rel pemegang belakang (grab rail) direka dengan kedudukan terpisah di bahagian kiri dan kanan. Ia tidak lagi bersambung sepertimana berbentuk U atau V pada kebiasaan motosikal kapcai/underbone.

6. BREK HADAPAN ABS!

Ini adalah satu perkembangan yang sangat mengejutkan. Honda buat pertama kalinya akan memasangkan motosikal kapcai mereka dengan sistem brek anti kekunci ABS!

Dari foto terbaru ini juga kelihatan pada roda hadapan terdapat pengesan kelajuan dengan pulser ring yang biasanya digunakan pada brek dengan sistem ABS. Juga terdapat satu hos kecil yang biasanya tersambung pada pulser ring tadi.

Ya memang jelas dan terang bahawa model RS150R facelift akan datang dipasang dengan ABS!

BACA: HONDA RS150R DENGAN ABS?

Adakah Malaysia akan dapat model ini juga?

Sudah tentu, tapi tidaklah dalam masa terdekat. Kalau melihat pada trend sebelum ini, ia mengambil masa sekitar lapan ke 11 bulan untuk ia tiba di Malaysia.

Jadi, ia akan tiba paling awal pun sekitar Mac atau April tahun depan.

Untuk pelancaran rasminya nanti, anda boleh ikuti laman web serta facebook mekanika bagi mengetahui perkembangan terkini RS150R V2 ini.

Google ads
Back to top button