BuletinMotosikal

HONDA ADV150 DILANCARKAN DI THAILAND. RM13,551

Honda Thailand hari ini melancarkan skuter adventur terbarunya ADV150 di pasaran domestik. Model yang diimport penuh ini akan mula memasuki pasaran pada awal bulan hadapan dengan spesifikasi yang mirip dengan pasaran Indonesia.

ADV150 pertama kalinya dilancarkan di Indonesia dua bulan lepas, kemudian diikuti Filipina dan minggu lalu sewaktu pembukaan Tokyo Motorshow, ia dilancarkan untuk pasaran Jepun.

Thailand merupakan negara keempat menerima skuter ikonik ini dan berbeza dengan model seangkatannya seperti NVX dan NMAX, ADV150 sekitar 10 peratus lebih mahal. Ia dijual pada harga 97,900 bhat atau sekitar RM13,500 tukaran Ringgit Malaysia.

DIberi tagline “Street Adventure A.T (Automatic)”, pasaran skuter di Thailand sememangnya meriah dan popular sebagaimana Indonesia. Tak hairanlah Yamaha memilih pasaran di sini untuk diperkenalkan terlebih dahulu dan menurut laporan, kumpulan unit awal yang dilancarkan juga telah habis ditempah.

Berdasarkan beberapa model Honda sebelum ini, Malaysia akan menerima ADV150 selepas Indonesia dan Thailand (ya mungkin Vietnam), namun melihat pada pasaran semasa, kami yakin Boon Siew Honda akan memperkenalkan ADV150 ke pasaran tempatan tahun depan, mungkin serentak dengan model RS150R facelift.

Harap-harapnya begitulah.

Google ads
"
"
Back to top button