Buletin

PREBIU SUV SAIZ GERGASI HAVAL H9 DI MAI AUTOSHOW

Go Auto Sales Sdn Bhd, pengedar eksklusif kenderaan SUV jenama Haval di Malaysia telah membuat prebiu Haval H9 bertempat di Malaysia Automotive Institute (MAI) Autoshow 2018 yang sedang diadakan di MAEPS, Serdang sehingga hujung minggu ini.

“Tahun lepas, kami mengumumkan untuk membawa masuk Haval H9 dan dengan prebiu ini, kami berharap untuk melancarkannnya pada penghujung tahun ini. Model ini akan jadi SUV yang paling kompetitif harganya dalam segmen SUV bersaiz penuh,” ujar Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Pengarah Eksekutif Kumpulan GO Auto.

BACA: PROMOSI HAVAL BALIK RAYA!

H9 didatangkan dengan enjin turbo 2.0 liter, suntikan bahanapi VVT yang menghasilkan 160 kuasa kuda serta 324Nm tork.

Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan pasif dan aktif seperti Electronic Stability Program (ESP) dari Bosch, Hill Descent & Ascent Control, brek anti kekunci (ABS) bersama Electronic Brake Force Distribution (EBD), Tyre Pressure Monitor System (TPMS), Intelligent Adaptive Front-lighting System (AFS) dan enam beg udara keselamatan di segenap sudut.

Harga jangkaan bagi SUV ini ialah dibawah RM200,000 dan ia akan ditawarkan dalam dua varian utama – Luxury dan Utra. Pembeli boleh memilih lima pilihan warna iaitu Alaskan White, Ebony, Sleek Silver, Kakadu dan Bronze.

“Selaras dengan pengenalan H9, kami mensasarkan pasaran SUV tujuh tempat pacuan empat roda (4X4) duduk mewah dengan ruang yang luas. Semasa pameran ini juga, kami mempamerkan Haval H8 kepada pengunjung untuk mendapat respon. Kami mungkin akan membawa masuk model ini.

“Buat masa ini kami sudah buat keputusan untuk membawa masuk model CBU H9 terlebih dahulu. Ia dijangka pada suku keempat tahun ini dan disusuli dengan model pemasangan tempatan (CKD) pada suku kedua 2019,” Dato’ Azli menambah.

Haval Malaysia merancang untuk meluaskan pasaran eksport ke Myanmar dan Filipina. Buat masa ini mereka telah meneroka pasaran Kemboja, Brunei dan Pulau Batam, Indonesia.

Kini, Haval Malaysia sedang megadakan promosi Reimagine Campaign dengan menawarkan penjimatan sehingga RM3,000. Mereka juga mengadakan jelajah seluruh negara “HAVAL Rocks The Town”. Untuk maklumat lanjut, layari  http://reimagine.haval.my/

 

Google ads
Back to top button