BuletinMotosikal

HONDA CBR250RR BAKAL TIBA HUJUNG 2020?

Beberapa hari lepas, terdengar khabar bahawa Boon Siew Honda akan melancarkan Honda CBR250RR ke pasaran Malaysia menjelang hujung tahun ini.

Dari info yang dipetik dari pengedar Voon Siew itu memberitahu bahawa superbike suku liter tersebut akan dibawa masuk secara CBU dari Jepun dalam bilangan yang terhad.

Kami cuba menghubungi sumber dalaman yang rapat dengan Boon Siew Honda namun mereka memberitahu “belum mendengar apa-apa perkembangan lagi”

“Ia mungkin ya, dan mungkin juga tidak”

Menurut sumber tersebut, kemungkinan tersebut (jika dibawa masuk secara CBU) mungkin hanya sebilangan pengurusan tertinggi yang tahu. Maklumat tersebut tidak mungkin turun sampai ke bawah kerana kerana sudah diketahui, margin keuntungan bagi model CBU adalah kecil, apatah lagi model-model sub 250cc yang mana jenama lain menjualnya secara CKD dengan harga lebih rendah.

“Kalau pun dibawa masuk, sudah pasti harganya dalam julat harga siri CB500. Ini adalah apa yang kami dimaklumkan sewaktu pertama kali motosikal ini dilancarkan di Indonesia dua tahun lalu. Kami sudah bincangkan perkara ini lebih awal. Kalau masuk, memang mahal dan tak mungkin ada yang sanggup beli sportbike 250cc pada harga 500cc”

“Setakat hari ini, saya belum lihat apa-apa nota atau pemberitahuan tentang CB250RR. Setakat yang saya tahu, belum ada keputusan muktamad samada ia masuk atau tidak.

“Namun jika anda tanya saya secara jujur, dari sudut perniagaan, ia agak tipis. Boon Siew Honda belum pernah membuat sesuatu seperti ini. Sebuah motosikal 250cc. Kalau model-model flagship dan mahal seperti CBR1000, Goldwing, ia memang sebahagian daripada pelan pemasaran.

Menurut sumber kami juga, malah selepas Indonesia, cuma Jepun dan Thailand sahaja yang baru menerima model 250RR ini namun harga jualannya tidak murah.

Di Jepun harganya sekitar 300,000 yen (RM11K) lebih mahal berbanding Yamaha YZF-R25 dan ia tidak laris seperti yang diharapkan.

Untuk rekod, Honda CBR250RR dikuasakan oleh enjin baru paralel 2 selinder 4 lejang DOHC 249.7cc sejukan cecair yang dilengkapi sistem Throttle-by-Wire (TBW). Hadir sama ialah 3 pilihan mod pemanduan (RIDING MODE). Ekzos saluran tepi dibina dengan peredam bunyi berkembar.

Ia menggunakan sistem suntikan bahanapi sementara kebuk pembakarannya bersaiz 62mm X 41.4mm dengan nisbah mampatan 11:5:1. Kuasa yang dihasilkan ialah 36 kuasa kuda.

Sistem suspensi depan didatangkan dengan set fork terbalik (upside down) sementara bahagian belakang diadaptasi sistem suspensi Honda Pro-Link. Sistem brek pula menampilkan cakera 310mm di hadapan dan belakang 240mm.

Secara teknikalnya, ia adalah motosikal 250cc paling canggih dalam pasaran hari ini (sebelum Ninja ZX25RR masuk ke pasaran)

Google ads
"
"
Back to top button