Buletin

KONVOI MISI BALAS BUDI ANAK KUALA KRAI KE SELANGOR. SEK KITO JANGE PECOH!

Banjir besar tidak pernah diduga yang berlaku di Shah Alam dan Klang Selangor baru-baru ini nyata mengejutkan semua orang.Β 

Tiada pengalaman dan persediaan yang sewajarnya membuatkan mangsa-mangsa banjir seperti hilang punca. Air yang naik begitu pantas menyebabkan ramai mangsa terpaksa menyelamatkan diri di tempat tinggi seperti di atas bumbung rumah dan sebagainya. 

Ketika ada pemimpin masih sibuk nak buat majlis pelancaran dan menuding jari ke arah orang lain, rakyat Malaysia membuktikan mereka cukup prihatin dalam membantu saudara mereka yang menderita.Β 

Buktinya, sejak beberapa hari lalu tular video yang menunjukkan konvoi 50 buah trak pikap dan lima buah lori  membawa bantuan dari Kelantan menuju ke Selangor. Diiringi oleh polis trafik, semua peserta nampak cukup bersemangat untuk membantu mangsa banjir di Selangor. 

Hampir semua trak itu memasang bendera negeri Kelantan. Menurut caption pada beberapa klip video yang sempat ditonton, konvoi tersebut merupakan “misi balas budi anak Kuala Krai ke Selangor. Doakan semoga sampai dengan selamat.”

Jika anda masih ingat, Kuala Krai dilanda banjir besar pada tahun 2014. Ketika itu, ramai sukarelawan dari negeri-negeri lain termasuklah Selangor datang membantu mangsa banjir. Jadi, misi bantuan ini adalah sebagai membalas budi baik mereka dahulu. 

Misi yang diberi nama Selangor-Kuala Krai Balas Budi 2014 itu disertai oleh NGO Task Force, Info Dalam Kuala Krai (IDKK) dan Barracuda 4×4. Mereka akan menjadi pengantara yang bertanggungjawab mengumpul semua barangan bantuan hasil sumbangan penduduk di Kuala Krai. Barangan yang berjaya dikumpulkan termasuklah pakaian, makanan dan macam-macam lagi. 

Steady boh… 

Google ads
Back to top button