Artikel Pilihan

PORSCHE SURFACE COATED BRAKE, BREK CAKERA SENTIASA BERKILAT

Sebagai pemilik baru untuk mana-mana model kereta, antara perkara yang paling menjengkelkan anda ialah brek cakera anda menjadi berkarat dan menyakitkan mata anda walhal perkara tersebut adalah lumrah. Ini kerana brek cakera atau rotor disc dihasilkan daripada keluli melalui proses iron casting.

Dalam proses ini keluli cair akan dituangkan dalam acuan (sand casting), dibiarkan menyejuk sebelum melalui proses machining (lathe) dan brek cakera akan dihasilkan mengikut saiz yang dikehendaki oleh pengeluar. Apabila terdedah kepada unsur air dan udara, keluli akan berkarat. Tapi sebaik sahaja kereta dipandu karat tersebut akan hilang

Ia adalah perkara biasa bagi kereta biasa melainkan anda memadu sebuah Porsche. Ini disebabkan syarikat automotif tersohor daripada Jerman ini telah menghasilkan cakera brek yang sentiasa berkilat bak cermin yang dikenali sebagai Porsche Surface Coated Brake.

Namun bertentangan dengan anggapan biasa, rekaan ini sebenarnya bukan dihasilkan untuk cantik. Tapi sebenarnya direka agar sistem brek kereta Porsche sentiasa beroperasi pada prestasi melebihi brek iron cast biasa namun harganya jauh lebih rendah berbanding brek seramik karbon. Jadi ini fakta pantas berkenaan sistem ini:

1. Dari segi prestasi, Porsche Surface Coated Brake memiliki prestasi cengkaman brek yang jauh lebih baik berbanding dengan sistem brek cakera konvensional tapi dengan harga jauh lebih murah berbanding seramik. Jadi PSCB berada di tengah-tengah antara brek biasa dan brek karbon seramik.

2. Dari segi rekaan, PSCB masih sama dengan brek konvensional, kecuali permukaan rotor brek disalut dengan Tungsten Carbide setebal 0.1mm sahaja melalui kaedah galvanized surface treatment dengan partikel tungsten carbide ditembak pada halaju supersonik. Kaedah ini memastikan harga PSCB lebih rendah berbanding brek seramik

3. Selepas dirawat dengan surface treatment, PSCB menghasilkan permukaan yang berkilat seperti cermin tapi pada masa yang sama permukaan ini sangat keras. Dengan berpandukan skala Vicker, Tungsten Carbide adalah 300 kali lebih keras berbanding dengan keluli dan berada di kedudukan kedua selepas berlian.

4. Pelapik brek biasa tidak boleh digunakan pada PSCB kerana ia akan haus pada kadar yang sangat tinggi jika kenderaan dipandu dan dibrek pada halaju tinggi. Jadi jurutera Porsche menambag beberapa partikel istimewa bersaiz mikroskopik yang berupaya menembusi lapisan tungsten carbide

5. Walaupun nampak licin, tapi permukaan cakera brek yang licin membenarkan prestasi brek yang bagus pada halju rendah, dan pada halaju tinggi pad brek menggunakan teknologi microscopic anchor bagi cengkaman brek tambahan

6. Hasilnya brek PSCB mengurangkan habuk sebanyak 90% berbanding dengan brek biasa iron cast. Lapisan tungsten carbide pula memanjangkan jangka hayat rotor brek sebanyak 30% dan dari segi prestasi ia hampir menyamai PCCB (Porche Ceramic Composite Brake) tapi kosnya ialah 1/3 sahaja

7. Ketika ujian dibuat, jurutera mendapati brake feel PSCB hampir sama dengan PCCB, kuasa membrek kekal sama walaupun brek telahpun panas sehingga melebihi 600 darjah Celcius. Jika ia berlaku pada brek biasa, kereta boleh mengalami brake fade.

8. Selepas dipandi sejauh 6000km dalam pemanduan normal, pad brek yang dikuasakan dengan 6 piston bagi brek depan dan 4 piston bagi brek belakang akan menggosok permukaan rotor sehingga bersinar keputihan. Jurutera Porcshe sengaja menggunakan warna putih agar ia membuktikan tiada habuk yang terhasil

Buat masa ini teknologi PSCB akan ditawarkan sebagai peralatan standard bagi Cayenne Turbo dan peralatan pilihan bagi varian lain. PSCB menawarkan prestasi, rekaan luar dan kos yang sangat efektif dalam teknologi pembangunan brek baru.

Google ads
Back to top button