
PEMANDU F1, LATIFI TERIMA UGUTAN BUNUH. DIDAKWA JADI ‘DALANG’ PENENTUAN JUARA F1
Nicholas Latifi mendedahkan menerima ugutan bunuh selepas didakwa menjadi ‘dalang’ penentuan keputusan juara dunia Formula Satu (F1).
Pemandu Williams itu dikatakan memainkan peranan utama menentukan perebutan kejuaraan dunia antara Max Verstappen dan Lewis Hamilton apabila terbabit dengan kemalangan pada hujung perlumbaan dekat Grand Prix Abu Dhabi.
Insiden kemalangan membabitkan Latifi itu menyebabkan jentera keselamatan memasuki litar sebelum keluar ketika berbaki satu pusingan sekali gus menyaksikan Verstappen berjaya memintas Hamilton merangkul kejuaraan dunia.
Selepas perlumbaan itu, Latifi hampir menyahaktifkan akaun media sosialnya mengetahui apa yang bakal berlaku.

Bahkan, telah menyiarkan kenyataan penuh emosi di laman blognya yang berbunyi.
“Berbalik kepada perlumbaan hujung minggu, sebaik sahaja bendera penamat dijatuhkan, saya mengetahui bagaimana keadaan mungkin berlaku di media sosial.
“Hakikatnya, saya rasa lebih baik jika memadam Instagram dan Twitter pada telefon untuk beberapa hari menyedari betapa kejam dunia online.
“Menggunakan platform media sosial sebagai saluran untuk menyerang seseorang dengan mesej kebencian, penderaan dan ancaman keganasan adalah sangat mengejutkan,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelumba Kanada berkenaan menerima sokongan positif daripada pelbagai pihak termasuk Mercedes-AMG Petronas F1, Mclaren, Aston Martin dan F1 Media. – carbuzz/skysport