Buletin

KPDN SEDIA WUJUDKAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PEMBELIAN KENDERAAN UNTUK B40

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bercadang mewujudkan kemudahan pinjaman pembiayaan pembelian kenderaan termasuk insurans.

Cadangan tersebut adalah bagi membantu golongan B40 di bawah inisiatif Payung Rahmah.

“Insya-Allah akan ada insurans Rahmah yang boleh ditawarkan kepada rakyat.

“Inisiatif itu bagi golongan tidak mampu beli kereta baharu dan hanya mampu beli kereta terpakai, tetapi ada skim perlindungan untuk kereta mereka,” kata Menteri, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Tambah beliau lagi, pihaknya akan mengadakan beberapa libat urus bersama institusi perbankan dan syarikat insurans, bagi memperhalusi inisiatif tersebut.

Sebelum ini, beliau juga mengadakan perbincangan bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bagi menyatakan hasratnya bertemu dengan tokoh-tokoh perbankan.

Salahuddin berkata, Zafrul yang juga bekas Menteri Kewangan, memberi pandangan positif terhadap konsep tersebut serta bersedia memberi kerjasama bagi menjayakannya. – BERNAMA

Google ads
Back to top button