BuletinMotosikal

KTM MAHU LARANGAN PENUH AERODINAMIK DALAM MOTOGP. HONDA SETUJU.

Sewaktu pusingan perlumbaan MotoGP Argentina minggu lalu, KTM telah menghantar proposal bantahan penggunaan sebarang peralatan aerodinamik kepada semua motosikal yang bertanding.

Pembuat motosikal dari Austria itu telah melobi Persatuan Pembuat Motosikal Sport (Motorcycle Sport Manufacturers Association – MSMA) supaya mengharamkan atau menangguhkan penggunaan sebarang rekabentuk aerodinamik atau winglet. Isu ini sedang dikendalikan secara eksklusif oleh pengarah teknikal MOtoGP Danny Aldrige.

BACA: KENAPA WINGLET MOTOGP DIHARAMKAN?

KTM mengemukakan dokumen yang telah disediakan oleh jurutera dari luar MotoGP. Kebimbangan KTM mengenai “perang” aerodinamik ini adalah berkenaan praktikalitinya jika diaplikasikan pada model jalanan. Menurut KTM, adalah tidak masuk akal melabur jutaan dolar sedangkan kesan prestasi aerodinamik tersebut adalah kecil di atas litar.

Honda bersetuju dengan kertas kerja KTM dan menyaakan sokongan pada idea tersebut. Malah, firma Jepun itu telah menentang penggunaan winglet pada 2016 menerusi MSMA. Hasilnya, kesemua pengeluar bersetuju “menyembunyikan” sayap aerodinamik masing-masing di bahagian dalam fairing motosikal.

BACA: WSBK BENARKAN PENGGUNAAN WINGLET

Kelihatannya Suzuki bersetuju sementara Yamaha belum memberi sebarang respon. Bagi Aprilia pula, mereka akan menyokonng sebarang keputusan majoriti yang dicapai.

Tentangan yang mungkin diterima ialah dari Ducati. Seperti yang dijangka, Ducati adalah antara syarikat yang benar-benar fokus melabur dalam penyelidikan aerodinamik. Mereka sudah tentu tidak mahu mensia-siakan penyelidikan yang telah dijalankan. 

Pada kedudukan ini, tiada kata putus dicapai. MSMA telah menangguhkan keputusannya pada pertemuan di MotoGP Amerika nanti. Secara teorinya, bagi membolehkan cadangan KTM ini dilaksanakan, ia perlu mendapat konsesus daripada semua pasukan yang bertanding.

 

Google ads
Back to top button