BuletinMotosikal

BERBEZA DENGAN MOTOGP, PENGGUNAAN “WINGLET” KINI DIBENARKAN DALAM PERLUMBAAN WSBK

Ini mungkin peraturan yang mengejutkan, bercanggah dengan dapatan bagi regulasi terhadap penggunaan “winglet” dalam perlumbaan MotoGP. Dalam pengumuman terbaru, WSBK membenarkan penggunaan sayap winglet pada perlumbaan musim 2018 akan datang.

Perkara ini telah dipersetujui oleh WSBK Superbike Comission yang menetapkan peraturan baru dengan syarat tertentu. Lembaga penggubal yang terdiri dariapda 

Superbike Comission yang bermesyuarat ini terdiri dari Rezsö Bulcsu (Pengarah FIM CCR ), Takanao Tsubouchi (Wakil MSMA ), Steve Aeschlimann, Fabio Muner, Charles Hennekam, Scott Smart dan Paul Duparc (FIM).

Mereka membentangkan peraturan baru ini di hadapan Daniel Carrera (Pengarah Ekeskutif WorldSBK ), Gregorio Lavilla (Pengarah Jabatan Sukan WorldSBK), dalam perjumpaan yang berlangsung di Ibu Pejabat FIM di Mies pada 29 November lalu.

Secara teknikalnya, Kebenaran baru ini telah dipersetujui termasuklah peraturan tambahan dari segi teknikal dan bukan teknikal bagi gelaran MOTUL FIM Superbike & FIM Supersport World Championships musim 2018.

Namun ada syarat yang perlu dipatuhi oleh pasukan yang ingin menggunakan winglet tersebut.

Sama seperti undang-undang asas, ia perlu menepati homolagasi motosikal yang sama mesti dijual kepada pasaran. Sudah tentu, pengumuman tersebut membuka pintu bagi pengeluar motosikal untuk menawarkan wing/winglet/aero kit/flaps pada model motor superbike yang akan di jual di kedai kelak.

Jika dilihat dari susur galur perlumbaan, peraturan demi peraturan ini diperkenal bagi membolehkan daya saing yang kompetitif. Misalnya dalam MotoGP sudah diumumkan peraturan ECU satu spesifikasi dan walaupun winglet diharamkan pada MotoGP, pasukan masih lagi boleh merekabentuk “aerokit” asalkan ia tidak terkeluar pada badan motosikal.

BACA: KENAPA WINGLET DIHARAMKAN DALAM MOTOGP?

Cabaran terbesar bagi setiap pasukan perlumbaan ialah memanipulasi aspek bukan-elektronik kerana aspek-aspek teknikal seperti ECU tadi adalah contoh bagaimana penganjur boleh menghadkan kemampuan pasukan. Logiknya, setiap pasukan ada kemampuan yang sama (baik dari segi kewangan atau teknikal) untuk bertanding.

Apa yang lebih menarik lagi, ia mungkin berkaitan dengan pelancaran Aprilia RSV4 Factory 2018 yang diadakan di EICMA, Milan bulan lalu. Aprilia RSV4 Factory mungkin satu-satunya motosikal produksi massa yang sudah dilengkapi dengan sayap aerodinamik dari kilang pengeluarannya. Ia membolehkan pasukan Aprilia menggunakan aerokit yang sama pada perlumbaan WSBK akan datang.

 

 

Bagaimana pasukan lain?

Setakat ini, juara WSBK, Jonatahan Rea bersama pasukan Kawasaki Racing Team belum ada sebarang pengumuman, mahupun kemaskini terhadap motosikal Ninja ZX-10R. 

Uniknya juga, motosikal Kawasaki jugalah antara yang terawal menggunakan winglet pada model H2/H2R mereka yang boleh dibeli sesiapa sahaja.

Atau mungkin masih terlalu awal dan Kawasaki (dan Ducati) barangkali sedang giat melakukan ujian aerodinamik sebelum memperkenalkan model terbaru mereka kepada umum. 

 

Google ads
Back to top button