Motosikal

SHELL ADVANCE ANJUR PROGRAM LATIHAN SAATC

Sebagai sebahagian daripada pendekatan holistik untuk membantu pelumba muda Malaysia menyertai 2015 Shell Advance Asia Talent Cup (SAATC), Shell Advance baru-baru ini menganjurkan Program Pembangunan Pelumba selama tiga hari dua malam di Resort Avani Sepang Goldcoast.

Shell-Advance-SAATC-training-mekanika (1)

Empat pelumba yang menghadiri program berkenaan ialah Azroy Anuar, 16, Fakhrusy Syakirin Rostam, 19, Helmi Azman, 16, dan Shafiq Rasol, 19.

Idea penganjuran program pembangunan pelumba itu pertama kali dibangkitkan dalam perbincangan meja bulat antara Shell Malaysia dan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Mac 2015.

Shell-Advance-SAATC-training-mekanika (6)

“Kami yakin bahawa pelumba Malaysia memang berbakat. Kami harap dengan bimbingan profesional, pendekatan yang saintifik, sistematik dan berdisiplin, mereka mampu pergi lebih jauh,” kata Pengurus Pemasaran Shell Lubricants (Malaysia dan Singapura), Alex Lim.

Musim kedua Shell Advance Asia Talent Cup kini lebih kompetitif berbanding sebelumnya. Pelumba-pelumba Malaysia agak ketinggalan dalam dua pusingan pertama di Thailand dan Qatar.

Shell-Advance-SAATC-training-mekanika (2)

Program itu dibahagikan secara teliti dengan fokus berbeza setiap hari. Hari pertama fokus kepada kemahiran komunikasi dan media. Dibimbing oleh Pengurus Kecemerlangan Operasi Shell Malaysia, Lingesh Lechmanan dan perunding dari Accenture, empat pelumba itu belajar mengenai bagaimana untuk mengatasi rasa malu, menunjukkan keyakinan diri serta bersedia ketika berhadapan dengan media.

Program hari kedua berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang. Jurulatih bertauliah, Haizal Omar dan Remon Azrem dari Alpha Track Academy (ATAC) bertanggungjawab memantau setiap pelumba agar mereka berlumba di landasan yang betul.

Shell-Advance-SAATC-training-mekanika (3)

Pada hari terakhir, pelatih dari Rebel Boot Camp dipanggil untuk membantu peserta dari aspek kecergasan dan nutrisi. Setiap pelumba dikehendaki menjalani siri ujian fizikal di gim resort untuk mengetahui tahap kekuatan dan kecergasan mereka. Malah, tabiat pemakanan turut dipantau.

Seramai 22 pelumba dari seluruh Asia berentap dalam enam pusingan perlumbaan SAATC di Thailand (22 Mac), Qatar (29 Mac), Malaysia (2 Ogos), China (20 September), Jepun (11 Oktober) dan Malaysia (25 Oktober).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button