Artikel Pilihan

KYOCERA HASILKAN LAMPU LED DENGAN LASER INFRA RED

Firma kejuruteraan elektronik Jepun, Kyocera telah mengemukakan idea inovasi lampu hadapan terkini lengkap dengan teknologi KYOCERA SLD Laser. Ini membolehkan teknologi laser digunakan sebagai sumber cahaya pada lampu rendah dan juga lampu tinggi yang boleh dipakejkan dalam satu unit lampu depan yang kompak

Sistem lampu ini juga boleh digandingkan dengan teknologi kamera infrared bagi membolehkan pemandu melihat dalam gelap dengan lebih mudah tanpa membahayakan pemandu dari arah yang bertentangan.

Kyocera menyatakan lampu LaserLight yang dihasilkanoleh firma mereka menghasilkan cahaya yang lebih terang, lebih jauh, pencahayaan yang bagus tanpa menyebabkan pemandu depan menjadi silau. Malah mereka juga yakin sekiranya kereta yang dipasang dengan LaserLight mampu melepasi ujian pencahyaan agensi keselamatan jalanraya NHTSA dengan mudah

Teknologi infrared yang diperkenalkan oleh Kyocera pula boleh digunakan sebagai Night Vision, bertindak dengan memberi input kepada sistem ADAS dan akan bekerjasama dengan sistem lain termasuklah LiDAR bagi membantu sistem pemanduan autonomi

Teknologi “dual emission” ini membolehkan cahaya putih LED dan infrared dihasilkan dalam satu masa dalam satu modul lampu hadapan, dibuat dengan lebih kompak bagi membolehkan rekaan yang lebih bagus dihasilkan

Lampu LaserLight terdiri daripada 4 elemen LED, 2 dikhaskan untuk lampu rendah dan 2 lagi elemen dikhaskan untuk lampu tinggi. Semua rekaan lampu ini telah dibuat dengan mematuhi peraturan yang digazetkan oleh Society of Automotive Engineer dan juga agensi keselamatan Eropah ECE. Elemen lampu laser akan diintegrasikan dalam lampu dengan menggnakan teknologi kabel optik.

Teknologi ini telah digunakan oleh pasukan yang menyertai perlumbaan Baja 1000 yang berlangsung pada waktu malam dimana kos pemabangunan komponen adalah tidak terhad. Malah sistem ini juga boleh digunakan untuk kapal terbang, keretapi dan juga industri perkapalan.

Youtube video

Google ads
Back to top button