
CARI PENYAKIT CAT BRAKE ROTOR SECARA ‘DIY’, KERETA TAK BOLEH BERGERAK
Sememangnya bagus sekiranya kita boleh melakukan banyak hal menerusi daya Do-it-Yourself (DIY) namun harus diingatkan, sekurang-kurangnya perlu ada ilmu selain perlu memikirkan kesan panjang selepas menjayakan prinsip tersebut.
Seperti berlaku di Tennessee, seorang pemilik kereta memilih jalan sukar apabila mengecat cakera brek (brake rotor) tanpa menanggalkan rim terlebih dahulu hingga menyebabkan pemutar brek serta angkup bertindih.

Hal itu menyebabkan kereta berkenaan tidak boleh bergerak.
Menurut CS Automotive, ia dikatakan tidak boleh bergerak ketika berada di lampu isyarat.
“Apabila ia berada dalam suhu yang panas setelah bergerak, cat berkenaan akan mengeras sekelip mata sahaja,” jelas CS Automotive.
“Ia bukan idea yang bijak untuk mengecat cakera breka tanpa menanggalkan rim terlebih dahulu. Bahkan, kes sebegini akan menelan kos lebih mahal gara-gara prinsip DIY.”







