Advertorial

LAMBORGHINI KINI TAWARKAN WARANTI SEHINGGA 10 TAHUN UNTUK PRODUK MEREKA – INI BARU BETUL

Waranti ni macam insuran kenderaan la. Perlu ada tapi harapnya tidak perlu digunakan sampai bila-bila. Kalau kena guna tu maknanya adalah kemalangan atau kerosakan. Waranti juga satu jaminan yang kerosakan yang berlaku dalam tempoh tertentu adalah tanggung jawab pengeluar.

Masalahnya ada pengeluar yang menawarkan tempoh waranti yang singkat tapi ada juga yang tawarkan sehingga 10 seperti KIA. Kini Lamborghini turut tawaran pakej waranti yang sama. 10 tahun boh.

Pengeluar supercar Itali itu baharu saja lancarkan waranti produk lima tahun untuk model Temerario, Revuelto dan Urus SE. Waranti untuk bateri voltan tinggi varian hibrid ialah selama lapan tahun.

Namun untuk ketenangan fikiran baik ambil pakej Selezione Warranty Extension yang melindungi supercar keluaran Lamborghini selama sepuluh tahun sejak dari awal pendaftaran. Tiada jarak perbatuan minima dinyatakan tapi kalau dilihat pada tempoh waranti tiga tahun sebelum ini, tiada had perbatuan dinyatakan. Alah jauh mana sangat pemilik Lambo nak pandu kereta mereka.

Program ini akan memastikan supercar-supercar keluaran Lamborghini sentiasa dalam keadaan baik dan sekaligus mengekalkan nilainya di pasaran. Ia merupakan salah satu misi Lamborghini untuk memberikan sokongan komprehensif kepada pemilik selama tempoh pemilikan.

Ini kita mau. Tak naklah bila berlaku insiden tersadai tengah tiba-tiba main tolak menolak tanggungjawab antara pusat jualan dengan syarikat induk. Dah la supercar harga juta-juta.

Boleh la kot mula kumpul duit untuk beli Lambo.

Google ads
Back to top button