Advertorial

MERDEKA RASA, MERDEKA GAYA DENGAN HONDA CITY e:HEV!

Dalam kehangatan cuaca tropika Malaysia, sekumpulan rakan media automotif berehat sebentar di sebuah taman rekreasi di Putrajaya selepas seharian memandu uji beberapa model Honda. 

Dikelilingi kehijauan, meja lipat dibuka, kerusi camping dibentang, suasana santai tetapi penuh gelak ketawa dan cerita.

Namun, seperti biasa bila perut mula berkeroncong, topik bualan pun beralih arah: makanan. Dan bukan sebarang makanan, iaitu kari.

Ada yang penuh yakin dengan kari Melayu penuh santan dan rempah ratus turun-temurun. Ada yang mengangkat kari Nyonya, rasa lemak pedas yang unik dan halus.

Dan sudah tentu ada yang tegas mempertahankan kari India, pekat, berempah, dan kaya dengan tradisi. 

Apa yang bermula dengan sekadar sembang santai, bertukar menjadi perdebatan kecil yang akhirnya membawa kepada satu penyelesaian yang cukup mudah, Jom kita rasa sendiri. Baru adil.”

Dengan semangat itu, mereka pun bergerak. Setiap seorang membawa rakan-rakan mencuba kari kegemaran masing-masing, menaiki kenderaan Honda yang baru sahaja mereka uji. 

Walaupun citarasa berbeza, satu perkara yang mereka semua sepakat, kenikmatan pemanduan dan keselesaan yang ditawarkan oleh barisan kenderaan Honda, terutamanya Honda City e:HEV RS.

SENANG BERGERAK, GAYA TERJAGA

Honda City e:HEV RS membuktikan bahawa kereta segmen B tidak semestinya sederhana dari segi gaya. Rekaan luarannya yang sporty dengan gril hitam berkilat, rim dual-tone dan spoiler belakang memberi sentuhan agresif tanpa perlu kelihatan ‘berlebihan’. 

Masuk ke dalam, kabin disambut dengan kemasan tempat duduk kulit hitam dan jahitan merah yang menambah rasa premium, sesuatu yang jarang dijumpai dalam kelasnya.

Dan bila tiba masa nak bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi, semuanya jadi mudah. Dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, destinasi boleh dicari begitu mudah. Sistem infotainment lengkap dengan paparan meter digital dan paddle untuk kawalan brek regeneratif menjadikan pengalaman pemanduan lebih interaktif dan canggih.

KUASA DAN PENJIMATAN DALAM SATU PAKEJ

Apa yang paling mengujakan, City e:HEV RS bukan sekadar tentang rupa. Ia dipacu oleh sistem DOHC i-VTEC – gabungan enjin 1.5L Atkinson Cycle dan motor elektrik. Tak perlu tekan butang atau tukar mod, sistem ini bijak menyesuaikan mod pemanduan secara automatik mengikut situasi.

Nak potong? 253Nm tork dari motor elektrik tersedia serta-merta, menjadikan pecutan lebih pantas berbanding City petrol biasa. 

Tapi bila cruising, penggunaan bahan api amat menjimatkan, lebih 1,000km dengan satu tangki. Dalam zaman harga minyak tak menentu, ciri ini bukan lagi kemewahan, ia satu keperluan.

City e:HEV RS juga dilengkapi dengan sistem Honda SENSING, pakej bantuan pemanduan yang merangkumi Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS), kawalan jelajah adaptif (ACC), amaran tukar lorong (LDW), dan banyak lagi. 

SATU NEGARA, PELBAGAI CITARASA, MACAM HONDA JUGA

Sepanjang perjalanan dari satu kedai kari ke satu kedai yang lain, jelas kelihatan bagaimana setiap lokasi mewakili keunikan budaya, sama seperti model-model Honda yang sesuai dengan pelbagai gaya hidup. 

Ada yang lebih sukakan kelapangan dan fleksibiliti SUV seperti HR-V dan CR-V, ada pula gemar pemanduan kompak dan urban seperti WR-V. Tapi bagi mereka yang mahukan keseimbangan antara gaya, prestasi dan penjimatan, City e:HEV RS adalah pilihan paling ideal.

Akhirnya, selepas menikmati pelbagai versi kari – dari kari kepala ikan ke kari ayam Nyonya dan kari kambing India, mereka semua mengakui satu perkara: walaupun nama “kari” itu sama, setiap versi ada keistimewaannya tersendiri. Begitu juga dengan pilihan kenderaan – satu jenama, pelbagai rasa, untuk semua rakyat Malaysia.

Dengan harga bermula RM84,900, dan Honda City e:HEV RS hanya RM111,000, ia membawa nilai luar biasa. Bukan sekadar jimat minyak dan bergaya, ia lengkap dengan teknologi dan ciri keselamatan yang relevan untuk generasi masa kini, baik Gen Z baru bekerja mahupun mereka yang mahukan kereta praktikal untuk kegunaan harian.

Dan dalam semangat Hari Merdeka ini, ketika kita meraikan kepelbagaian dan keharmonian, Honda turut membuktikan bahawa dalam dunia automotif, kita tak perlu pilih antara gaya dan fungsi. 

Kita boleh ada kedua-duanya – dalam satu pakej, dengan satu pilihan bijak.

Google ads
Back to top button